Abstrak: Baiah merupakan janji setia untuk memberi ketaatan kepada ketua dan bersedia melaksanakan arahan ketua sama ada ketika cergas atau terpaksa. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan salah sebuah parti politik di Malaysia yang telah menjadikan Islam sebagai dasar pergerakannya. PAS telah mewajibkan kesemua calon wakil rakyat mereka yang bakal bertanding […]
Estimated reading time: 3 minutes
Abstrak: Kontroversi yang berlaku di kalangan masyarakat Agama Islam adalah keadaan di mana wanita berani menjadi imam di dalam solat berjemaah yang turut disertai jemaah lelaki. Wanita menjadi imam adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah. Agama Islam mengeluarkan hukum wanita yang beragama Islam hanya dibenarkan menjadi […]
Estimated reading time: 6 minutes
Abstrak: Malaysia adalah negara berbilang kaum di mana kaum Melayu, Cina, India dan etnik-etnik Bumiputra di Sabah dan Serawak hidup dalam penuh keharmonian, persefahaman dan kerjasama dalam segala aktiviti. Sebagai penduduk yang multi etnik maka mereka bebas untuk memilih agama-agama yang mereka ingin anuti. Apa yang menarik di Malaysia ini […]
Estimated reading time: 5 minutes
Abstrak:Penetapan sesuatu hukum adalah bergantung kepada keadaan ᶜillah dan antaranya menurut para ulama ialah fasād al-zamān. Faktor fasād al-zamān penting diambil kira dalam penetapan hukum bagi memastikan kelestarian maqāṣid syarak sentiasa terpelihara. Penghayatan masyarakat yang rendah terhadap suruhan dan larangan agama dalam apa jua aspek kehidupan boleh mewakili kewujudan fasād […]
Estimated reading time: 6 minutes
Abstrak – Kajian ini adalah bertujuan mengetengahkan ketokohan dan kewibawaan Hamka sebagai ahli tafsir yang mempunyai ciri-ciri pendidik dan murabbi serta melihat bagaiman Hamka mengemukakan pandangan beliau terhadap permasalahan dan isu-isu kemasyarakatan berkaitan dengan akhlak tercela seperti memperolok-olok, sombong atau takbur dan fitnah berdasarkan huraian di dalam kitab tafsir al-Azhar […]
Estimated reading time: 3 minutes
Abstrak – Pendidikan akhlak adalah suatu proses yang dapat mengembangkan sikap manusia supaya menjadi baik sehingga mencapai kehidupan yang sempurna. Dengan demikian pendidikan akhlak sangat diperlukan untuk menghadapi realiti kehidupan zaman moden ini iaitu arus kemajuan yang pesat diiringi dengan kemerosotan akhlak. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang data-datanya diperolehi […]
Estimated reading time: 2 minutes
Abstrak:Gelandangan merupakan salah satu golongan yang terdapat di negara Malaysia. Golongan ini sering dikaitkan dengan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap. Tambahan lagi, tahap pengetahuan dan penghayatan agama mereka pada tahap yang kurang memuaskan. Berdasarkan perkara tersebut, pendedahan ilmu agama kepada golongan tersebut perlu dilakukan agar […]
Estimated reading time: 4 minutes
Abstrak: Keperluan masyarakat untuk memahami konsep hibah amat penting dalam pengurusan harta orang Islam. Penggunaan konsep hibah adalah salah cara untuk menguruskan harta semasa hidup. Kefahaman masyarakat Islam tentang penggunaan dan keperluan konsep hibah dalam perancangan pengurusan harta ketika masih hidup masih rendah. Laporan statistik tentang masyarakat Islam yang membuat […]
Estimated reading time: 4 minutes
Abstrak:Wakaf tunai adalah merupakan alternatif dan kepentingan umat Islam pada masa kini khususnya dalam sektor pendidikan negara. Institusi pengajian tinggi awam (IPT) tidak terlepas daripada peranan dalam menjalankan aktiviti wakaf bagi menjana dana universiti dan meningkatkan prasarana bagi kemanfaatan staf dan para pelajar. Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh IPT […]
Estimated reading time: 11 minutes
Tan Sri Azizan Abdul Razak, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azizan merupakan seorang tokoh dakwah politik negara yang berprinsip serta sangat dikenali dalam aspek kepimpinan dan pentadbiran. Kajian mengenai pendekatan Ustaz Azizan dalam aspek dakwah politik sangat penting untuk dijadikan panduan kepada umat Islam terutamanya dalam kalangan pemerintah atau pemimpin. […]
Estimated reading time: 3 minutes