PERKEMBANGAN USRAH DI MALAYSIA DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT: SATU TINJAUAN AWAL

AUsrah merupakan satu istilah yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sistem ini banyak digunakan sebagai agenda utama dalam kebanyakan gerakan Islam di Malaysia. Sistem usrah amat berkait rapat dengan pembentukan peribadi manusia dan pembangunan tamadun. Hal ini sangat menarik untuk dikupas disebabkan isu pembangunan tamadun amat penting untuk diketengahkan dalam masyarakat. Justeru, perhatian terhadap pembangunan tamadun perlu dilihat penting kerana akibat yang akan menimpa apabila masyarakat tidak cakna dan hilang identiti tamadunnya. Kajian ini bertujuan untuk mengupas perkembangan usrah di Malaysia dan kepentingannya kepada masyarakat. Kajian kualitatif ini mengumpulkan data yang diambil daripada analisis dokumen terhadap sumber bercetak seperti buku, artikel dan jurnal. Hasil kajian awal menunjukkan bahawa sistem usrah telah berkembang dengan luas dan kesedaran tentang kepentingan usrah mulai timbul dalam kalangan masyarakat.Sehubungan dengan itu, sistem ini bukan hanya digunakan dalam gerakan Islam di Malaysia. Malahan, ia mulai digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia seperti sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya

PDF

RUJUKAN

 

  1. Abu Sufian Ab Ghani. 2001. Pembinaan Peradaban Ummah: Pemikiran dan Pendekatan Hasan al-Banna: Disertasi Ijazah Sarjana. Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

 

  1. Ahmad Luqman Fahmi Abdul Fattah. 2013. Pemerkasaan Jama’ah Melalui Sistem Usrah:     Sorotan Terhadap Penubuhan Pertubuhan IKRAM MALAYSIA. E Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan. Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 15-16 Mei 2013.

 

  1. Ali Abdul Halim Mahmud. 1990. Wasa’il Al-Tarbiyah ‘inda al-Ikhwan al-Muslimin: Dirasah Tahliliah Tarikhiyyah. Mansurah: Dar Al-Wafa’ al-Tiba’ah wa Al Nasyrwa al-Tawri.

 

  1. Hassan Al-Banna. 1985. Usrah dan Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

 

  1. Mashitah Sulaiman & Mohammad Redzuan Othman. Islamisasi dan Kaitannya Dengan Hubungan Serantau Malaysia – Indonesia. Jurnal Sejarah.

 

  1. Mashitah Sulaiman. 2013. Islam dan Transformasi Sosial Masyarakat Melayu Malaysia: Suatu Kajian Exsploratori. Proceeding of The International Conference on Social Science Research. World Conferences.Net: Penang, Malaysia.

 

  1. Mohd Parid Sheikh Ahmad. 2014. Tarbiatuna: Usrah Sebagai Wasilah Tarbiyah. Selangor: Jawatankuasa Tarbiah Pusat, Pertubuhan IKRAM Malaysia. April 2014.

 

  1. Siti Hamisah Manan. 2009. Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus. Kuala Lumpur: JIMedia

 

  1. Zainah Anwar. 1990. Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar Malaysia. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.

 

 

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *