PEMBENTUKAN AKHLAK PELAJAR MENERUSI AKTIVITI DAKWAH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH KUNAK SABAH

ROSNIJAH

Abstrak – Akhlak memainkan peranan penting dalam kehidupan individu muslim.Tanpa akhlak yang baik akan pincanglah kehidupan dan menghancurkan sesebuah tamadun. Penyebaran dakwah merupakan salah satu perkara yang amat dituntut dalam Islam untuk sama-sama mengajak masyarakat yang lain mengerjakan amal kebaikan dan menjauhi perkara yang mungkar. Justeru itu perlaksanaan aktiviti dakwah dapat dikembangkan melalui bidang pendidikan yang melibatkan mata pelajaran Pendidikan Islam, sama ada Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ataupun Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah .Ini jelas tercatat di dalam matlamat sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Islam. Matlamat tersebut menyebut bahawa Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah (KPM:2002).Pada hari ini, terdapat ramai di kalangan pelajar yang  terlibat dengan gejala sosial seperti vandalisme,rogol,ponteng kelas,kes buli,merokok dan sebagainya, kerana kurang pengamalan akhlak di dalam diri. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengemukakan dan membincangkan tentang Perlaksanaan Aktiviti Dakwah di Sekolah Menengah Kebangsaan iaitu di SMK Kunak,SMK Madai dan SMK Kunak Jaya di daerah Kunak Sabah, dalam Pembentukan Akhlak Pelajar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan bagi mengetengahkan peranan guru Pendidikan Islam dalam aktiviti dakwah di sekolah menengah kebangsaan untuk membentuk akhlak pelajar. Antara dapatan awal kepada perlaksanaan aktiviti dakwah di sekolah menengah kebangsaan dalam pembentukan akhak pelajar seperti Tadarus al-Quran, Kem bestari solat, dan kelas fardhu Ain. Dengan ini, aktiviti dakwah sangat penting dilaksanakan di sekolah menengah kebangsaan untuk membentuk akhlak pelajar.

PDF

Rujukan

  1. Al-Ghazali. (2005). Akhlak Seorang Muslim. Kuala Lumpur: Zafar Sdn.Bhd.
  2. Abdul Raof Dalip (1993). Teknik pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam
  3. di sekolah menengah. DIm. Ismail Abd. Rahman (Ed), Pendidikan Islam Malaysia (ms. 151-71). Bangi, Selangor: Penerbit UKM.
  4. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2002). Pendidikan akhlak dalam KBSM : persepsi pelajar terhadap konsep akhlak. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 1): Kurikulum bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  5. Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2005). Hubungan Media Massa Dengan Pegangan Akhlak dan Pengajaran Pendidikan Islam. Laporan Penyelidikan UKM. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
  6. Abdullah Muhammad Zin (t.t), al-Akhlaq al-Islam wa Atharuha fi Bina` al-Mujtama` Malaysia : Pustaka Antara. H. 26-28.
  7. Halim Tamuri. “Pengetahuan Akhlak di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah”. University of Birmingham : Tesis Ph.D, 2000.
  8. Rahman Mahmud & Amidin Zin. (2003, 19-20 Ogos). Amalan nilai murni di kalangan pelajar : satu kajian di Terengganu Darul Iman. Seminar Penyelidkan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan. Holiday Inn, Kuching, Sarawak
  9. Asmawati Suhid, Rahyl Mahyuddin dan Abdul Rahman Mad Aroff. (2001, 23 – 25 Mei). Persepsi pelajar institusi pengajian tinggi terhadap Pendidikan Moral. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
  10. Bushmann, B. J., & Huesman, L. R. (2001). Stability of aggression over time and generations. Journal of Developmental Psychology, 20, 1120 – 1134.
  11. Baron, R. A., Bryne, D.& Suls, J. (1991). Aggression and heat: Mediating effects of prior provocation and exposure to an aggressive model. Journal of Personality and Social Psychology, 31, 825 – 832.
  12. Buerah Tunggak, Maznah Ali, Nurafzan Muhamad & Md. Hamzaimi Azrol Md Baharuddin. (2012). Delinkuensi Pelajar dan Cadangan Penyelesaiannya Menerusi Model Pembangunan Sahsiah Remaja/ Pelajar Muslim Bersepadu. Seminar Antarabangsa Perguruan& Pendidikan Islam: Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Baru. 08-09 Mac 2012.
  13. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.2009. Didik generasi muda tanggungjawab setiap muslim.http://www.bharian.com.my/Current_News/NH/Monday/Agama/20090524214952/Article/index_html.Dimuat turun pada 25Mei 2009.
  14. Fariza Md Sham.2009.Perkembangan Emosi Remaja Dari Perspektif Psikologi Dakwah.Dlm.Khidzir Ismail,Jawiah Dakir,Fariza Md Sham,Hanina H.Hamsan.Psikologi Islam Falsafah, Teori dan Aplikasi.Bangi: Institut Islam Hadhari,UKM.
  15. Jasmi, A. (2011). Penggunaan surau dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di negeri Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  16. Khadijah Rohani Mohd Yunus. (2008, 24-25 Julai). Pembentukan tingkahlaku pro sosial dan insan berkualiti. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Akhlak dan Moral. Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
  17. Malek Bennabi. (1998). “On the Origins of Human Society”. Terjemahan oleh Mohamed.
  18. Najati, Muhammad Uthman.“Al-Hadith al-Nabawiy wa ‘Ilmu al-Nafs”. Beirut: Dar al- Syuruq,1993.
  19. Normasitah binti Ali:2010.Keruntuhan Akhlak remaja: Satu kajian di asrama Rusila dan Tunas Bakti (perempuan), Marang, Terengganu. Tesis Sarjana Pengajian Islam. UKM.
  20. Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn,Bhd. Kuala Lumpur.
  21. Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim, & Mohd Hishamuddin Abd Hamid. (2012). Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Membentuk Kemenjadian Individu Murid Yang Berakhlak. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.
  22. Rozana Abd. Rahim dan Nor Hashimah Hashim “Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan Sekolah Rendah”. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005, Universiti Sains Malaysia, 2005.
  23. Zaharah Hussin:2005. Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  24. Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa, Rahil Hj. Mahyuddin. (1996). Penerapan nilai murni merentas kurikulum : Satu Tinjauan. Laporan 16 Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia

 

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *