Menu Home

PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA DI NEGERI SARAWAK SEBELUM MERDEKA HINGGA PENUBUHAN MAJLIS ISLAM SARAWAK: SATU KAJIAN RINTIS

Harta pusaka adalah hak yang wajib diserahkan kepada para waris yang masih hidup. Menurut Islam setiap orang yang mukallaf perlu mematuhi syariat yang telah ditetapkan termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan faraid. Dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari ini, segala perkara yang berkaitan harta pusaka adalah diselia di bawah bidang perundangan dan kuasa negeri. Oleh itu terdapat perbezaan dari sudut pentadbiran berkaitan harta pusaka antara negeri-negeri termasuklah di Sarawak. Namun perkara ini selalu menjadi suatu masalah yang rumit untuk diselesaikan di antara mereka. Permasalahan yang berlaku juga tidak hanya terhenti di antara ahli waris, malah pengetahuan dan kaedah penyelesaian pembahagian juga sering berlaku sehingga terjadinya kelewatan dalam mengemukakan tuntutan harta pusaka. Kewujudan pelbagai institusi pengurusan harta pusaka ini, yang bukan sahaja berbeza dari segi sistem pentadbirannya malah turut berbeza dari segi pemakaian undang-undangnya amat mengelirukan para waris. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti undang-undang dan sistem pentadbiran harta pusaka masyarakat Islam di negeri Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan mengaplikasikan reka bentuk analisis kandungan iaitu dengan merujuk kepada pelbagai buku, latihan ilmiah, jurnal, artikel, kertas kerja serta bahan-bahan bertulis lain yang berkaitan. Berdasarkan kajian literatur yang dijalankan, kajian ini mendapati undang-undang dan sistem pentadbiran harta pusaka masyarakat Islam di negeri Sarawak mengalami perubahan dari sudut struktur pentadbiran dan undang-undang jika dibandingkan dengan sekarang.

PDF

Rujukan

 

  1. Abdul Razak Bin Abdul Kadir. 2011. Sejarah Dan Perkembangan Majlis Islam Sarawak Dalam Pendidikan Dan Zakat (1955-1990). Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaya.
  2. Zainab Binti Awg Haji Tuah. 2009. Perkembangan Pentadbiran Mahkamah Syariah. Disertasi Sarjana. Universiti Malaya.
  3. Hossen Bin Marip. 1991. Sejarah Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Sarawak. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda.Universiti Malaya.
  4. Ismail Mat. 1991. Mahkamah-Mahkamah Adat Dan Syariah Di Sarawak Kajian Kes Dan Isu-Isu Pertelingkahan Undang-Undang. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  5. Johar Bin Muhamad. 2013. Konstribusi Syariah Dalam Pembentukan Undang-Undang Di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Al-Risalah. 13. No. 2.
  6. Lee Hock Guan. 2018. The ISEAS Borneo Survey: Autonomy, Identity, Islam and Language / Education in Sarawak. Jurnal ISEAS Yusof Ishak Institute. No. 19.
  7. Mual Bin Suaud.1992. Mahkamah Anak Negeri Sarawak: Perlaksanaan Dan Hubungannya Dengan Adat Istiadat Melayu – Kajian Di Daerah Saribas, Sri Aman. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda. Universiti Malaya.
  8. Norlida Saidi. 1991. Undang-undang Pentadbiran Mahkamah Syariah Sarawak; Satu Perbandingan Dengan Undang-Undang Adat Melayu Sarawak. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda. Universiti Malaya.
  9. Rosnah Bte Pa’ee. 1993. Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Sarawak: Perkembangan Mutakhir. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda. Universiti Malaya.
  10. Saadiah Hj Tamit. 2006. Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Negara Brunei Darussalam Pada Zaman British. Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei III. Brunei.
  11. Sharifah Nooraida Binti Wan Hassan. 2009. Hak-hak Wanita Mualaf Dalam Penjagaan Anak (Hadanah) Menurut Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam (Sarawak) 2001. Disertasi Sarjana. Universiti Malaya.
  12. J. Chater. 1957.Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak 1956, Government Printer.

 

Categories: FIQH

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *