PENDEKATAN DAKWAH DALAM MENANGANI PERSONALITI AGRESIF REMAJA DI SEKOLAH INTEGRITI KAJANG (SIK)

Golongan remaja merupakan aset penting bagi masa depan negara yang perlu dibimbing dan dibantu agar dapat melakukan keputusan yang tepat dalam hidupnya. Remaja yang tidak dibentuk dengan personaliti yang baik boleh mendorong mereka ke arah personaliti agresif. Ini kerana terdapat golongan remaja yang terlibat dengan jenayah yang kian meruncing pada masa kini. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan membincangkan pendekatan dakwah bagi menangani personaliti agresif remaja. Penyelidikan ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka  bentuk kajian tinjauan. Seramai 113 orang responden dalam kalangan remaja di Sekolah Integriti Kajang telah dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan responden dalam kajian ini dilakukan secara persampelan bertujuan (purposive sampling). Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistic Package for Social Sciences (SPSS) versi 22. Hasil kajian mendapati pendekatan dakwah yang tertinggi dipilih oleh responden adalah pada item ‘saya memperolehi ketenangan dan kelembutan hati apabila menunaikan solat fardu lima waktu’ (min=3.37) diikuti item ‘saya memperolehi kekuatan diri dengan mengharapkan pertolongan kepada Allah SWT’ (min=3.23). Seterusnya diikuti item ‘Saya dapat mengawal kemarahan dengan berdiam diri’ (min=3.19). Dapatan ini menunjukkan bahawa pendekatan yang paling utama digunakan oleh responden di Sekolah Integriti Kajang adalah melaksanakan solat fardu lima waktu untuk menangani personaliti agresif.

PDF

Rujukan

  1. Abdul Halim Othman, Md Shuib Che Din, & Sapora Sipon. 2000. Latihan kaunseling di Malaysia: Satu ulasan dan cadangan. Jurnal PERKAMA, 8, 137-152.
  2. Abdus Salam & Muhil Dhafir. 2001. Etika Diskusi. Surakarta: Era Inter Media.
  3. Abi Dawud. 2000. Sunan Abi Dawud. Kitab al-Salah. Bab al-Muhafazah „Ala al-Salah”, h. 1255 (Hadith no. 430).
  4. Al-Bahi Al-Khauli. 1983. Tazkirah al-Du’ah. Al-Kuwait: Ittihad Al-Islami al-‘Alami al-Munazzamat al-Tullabiyyah.
  5. 1997. Shahih Al-Adab Al-Mufrad Li Imam Al-Bukhari. Saudi: Maktabah Al-Dalil
  6. Al-Bukhari. 2000. Sahih al-Bukhari. Kitab al-Adhan. Bab al-Adhan li al-Musafirin Idha Kanu Jama‟atan wa al-Iqamah, wa Kadhalika bi „Arafah wa Jam‟i”, h. 51 (Hadith no. 631)
  7. Al-Bustani. Fuad Irfah. 1982. Mu’jam al-Thulab. Beirut: Dar Masyriq.
  8. Al-Ghazali. 1994. al-Adab fi al-Din dalam Majmu’ah Rasa’il al-Imam al-Ghazali. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
  9. Al-Ghazali. 2000. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Kaherah: Dar al Taqwa li al-Turath.
  10. Fariza Md. Sham. 2005. Tekanan Emosi Remaja Islam. Islamiyyat 27(1): 3-24.
  11. Hecker, M., Chesney, M., Black, G. & Frantschi, N.. 1989. “Coronary prone Behaviours in the Western Collaborative Group Study.”Psychosomatic Medicine, 50, 153-164.
  12. Hilmi Ismail. 2010. Pengamalan Solat Fardhu di Kalangan Mahasiswa di Tati University College (TATiUC), Kemaman Terengganu. Disertasi Sarjana. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
  13. Arifin. 1991. Psikologi Dakwah Suatu Pengantar Studi. Jakarta: Bumi Aksara.
  14. Husain, Akbar. 2006. “Islamic And Spiritual Practices For Stress Management” in Islamic Psychology: Emergence of a New Field, New Delhi: Global Vision Publishing House. h. 126.
  15. Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad. 2003. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS). 14 – 15 Jun. Anjuran Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura.
  16. Neukrug, E. 2003. The World of counselor: An introducton to the counseling profession. USA CA: Brooks/Coles.
  17. Norhanis Hadigunawan dan Raihanah Azahari. 2016. Penghayatan Islam dan Hubungannya dengan Konflik Rumahtangga: Kajian di Unit Runding Cara, Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor. Jurnal Syariah, Jil. 24, Bil. 3 (2016) 393-422.
  18. Nurcholis Majid. 1995. Islam Agama Peradaban Membangun Makna dan Relevansinya Doktrin Islam dalam Sejarah. I; Jakarta: Paramdina, h.200.
  19. Ong Boon Teck. 2017. Pandang serius jenayah remaja. Sinar Harian, 19 September.
  20. Salasiah Hanin Hamjah. 2016. Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut Al-Ghazali. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.
  21. Sharifah Nur Abu. 2012. Pengamalan Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak. International Seminar on Research In Islamic Studies II (ISRIS II) on the 15th-16th February di Kuala Lumpur Anjuran Bahagian Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
  22. Yusuf al-Qaradawi. 1983. Thaqafah al-Da’iyat. Beirut: Muassasah al-Risalah.

 

 

 

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *