RAMADHAN AL-BUTI, RIWAYAT HIDUP DAN BEBERAPA ASPEK SUMBANGAN PEMIKIRANNYA


 

Abstrak – Muhammad Said Ramadhan Al-Buti (1929-2013M) merupakan salah seorang sarjana Islam yang telah banyak menyumbang dalam pembangunan pemikiran di dunia Islam. Sumbangan pemikiran beliau boleh diteliti menerusi pelbagai karya yang dapat dipecahkan kepada beberapa tema utama seperti aqidah, syariah, tasawwuf, sosial, dakwah, pemikiran dan peradaban Islam. Kajian ini bertujuan untuk memahami latar belakang kehidupan Al-Buti dan menganalisa sumbangan pemikirannya dalam aspek akidah, pemahaman jihad dalam konteks semasa dan pemikiran peradaban. Metodologi kajian berbentuk analisa dokumen di mana karya penting al-Buti seperti  Kubra Yaqiniyyat al-Kawniyyat: Wujud al-Khalid wa Wazifah al-Makhluk(2009),  Manhaj Hadharah Insaniyyah fil Quran (1981), Syakhsiyyah Istawqafatani(1999) dan beberapa karya lain yang berkaitan turut dianalisa. Hasil penelitian mendapati bahawa Al-Buti merupakan seorang ilmuwan  yang mempunyai sumbangan dan pengaruh yang besar dalam dunia keilmuan dan pemikiran Islam. Hasil kajian juga mendapati pemikiran Al-Buti dalam aspek akidah selari dengan pemahaman akidah Ahl Sunnah wal Jamaah dan kemurnian ajaran Islam. Pemikiran beliau tentang jihad dan dakwah sangat relevan untuk difahami dan diserapkan dalam pemahaman umat demi membendenung pengaruh fahaman ekstrim dan radikalisme. Selain itu kajian turut mendapati idea dan olahan Al-Buti berkenaan faham ketamadunan sangat menarik dan penting untuk diketangahkan dalam wacana pemikiran Islam semasa

PDF

Rujukan

 

  1. Al-Buti, Muhammad Said Ramadhan. 1981. Manhaj Al-Hadharah Insaniyyah fil Quran. Dimasyq: Dar Al-Fikr.
  2. Al-Buti, Muammad Said Ramadhan. 1998. Haza Walidi: Al-Qitah al-Kamilah Lihayati al-Syaikh Mulla Ramadhan Al-Buti min Walidih ila Wafatihi. Dimasyq: Dar Al-Fikr.
  3. Al-Buti, Muammad Said Ramadhan. 1999. Syakhsiyyat Istawqafatani. Dimasyq: Dar Al-Fikr.
  4. Al-Buti, Muammad Said Ramadhan. 2009. Kubra Yaqiniyyat al-Kawniyyat: Wujud al-Khalid wa Wazifah al-Makhluq. Dimasyq: Dar al-Fikr.
  5. Al-Buti, Muammad Said Ramadhan. 2009. Al-Bidayah Bakurrah A’mali al-Fikriyyah. Dimasyq: Dar Al-Fikr.
  6. Al-Buti, Muammad Said Ramadhan. 2011. Hiwar Hawla Musykilah Hadhariyyah. Dimasyaq: As-Sadhiq Lil-Ulum.
  7. Andreas Christmann. 1998. Islamic scholar and religious leader: A portrait of Shaykh Muhammad Sa’id Ramadan al-Būti, Islam and Christian-Muslim Relations, 9:2, 149 – 16. London: Routledge.
  8. M Deden Ridwan. 2010. Pesona Surga Damaskus: Membaca Lebih Dekat Sosok Dr. Al-Buthy. Al-Quran Kitab Cinta. Jakarta: Penerbit Hikmah.
  9. Mohd Rumaizuddin Ghazali. 2014. Jihad Dakwah dan Ketamadunan: Menurut Muhammad Said Ramdhan Al-Buti. Shah Alam: Dewan Kumpulan Media Karangkraf.
  10. Muhammad Rashidi Wahab. 2014. Ketokohan Al-Allamah Muhammad Said Ramdhan Al-Buti. Shah Alam: Dewan Kumpulan Media Karangkraf.
  11. Nasr al-Din Asad (ed.). 2002. Muhammad Said Ramdhan Al-Buti: Buhuth wa Maqalat Mahdatu Ilaih. Dimasyq: Dar Al-Fikr.

 

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *