Menu Home

HUBUNGAN ANTARA GAYA HIDUP DENGAN AMALAN SPIRITUAL PROFESIONAL MUSLIM

Abstrak – Gaya hidup merupakan perkara yang menggambarkan keadaan pemikiran dan tingkah laku seseorang yang dilakukan secara berulang kali sehingga menjadi kebiasaan dalam hidupnya. Pada masa kini, terdapat pelbagai bentuk gaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat Muslim. Ada gaya hidup yang menepati syariat Islam dan ada juga yang tidak selari dengan kehendak Islam akibat daripada pengaruh Barat, antaranya seperti gaya hidup moden, konsumerisme dan hedonisme. Golongan profesional juga sering dikaitkan dengan gejala gaya hidup yang kurang sihat ini sehingga mengakibatkan amalan spiritual terabai. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji gaya hidup dari aspek hajiyyah dan amalan spiritual melalui akhlak profesional Muslim serta menganalisis hubungan antara gaya hidup dari aspek hajiyyah dengan amalan spiritual melalui ibadah. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 275 orang responden dalam kalangan profesional Muslim di Lembah Klang yang terdiri daripada kalangan peguam, akauntan, pensyarah dan kaunselor telah dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan responden dalam kajian ini dilakukan secara persampelan mudah (convenience sampling). Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistic Package for Social Sciences (SPSS) versi 22. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya hidup golongan profesional Muslim dari aspek hajiyyah adalah menepati syariat Islam kerana mengutamakan ilmu serta menitikberatkan pakaian dan tempat tinggal yang selesa. Manakala amalan spiritual melalui ibadah profesional Muslim pula berada pada tahap yang stabil kerana mengamalkan ibadah utama yang terkandung dalam rukun Islam iaitu berpuasa, menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan antara gaya hidup (hajiyyah) dengan amalan spiritual (ibadah) kerana korelasi bernilai (r=0.460; p <0.01) menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara dua pembolehubah.

PDF

Rujukan

  1. Abdullah Muhammad Basmeh. 2000. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an. Terj. Kuala Lumpur: Darul Fikr.
  2. Abdeddaem Kaheel. 2015. Obati Dirimu dengan Al-Qur’an. Rempoa, Tangerang Selatan: PT. Iniperbesa Pustaka Indonesia.
  3. Abdul Muhaimin Mahmood. 2009. Tuntutan agama dalam membuat perancangan harta. Kertas kerja Seminar Perancangan Harta Individu dan Harta Syarikat Islam. Anjuran Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia bersama KPKMB Management Sdn. Bhd. Hotel Flamingo Ampang, 30 Mei 2009.
  4. Ahmad Johari Sihes, Abdul Rahim Hamdan, Jamaluddin Ramli & Nor Salis Samingan. 2006. Pengaruh pengetahuan agama ke atas amalan agama dan gaya hidup mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.
  5. Ahmad Syafiq. 2015. Zakat Ibadah Sosial Untuk Meningkatkan Ketaqwaan dan Kesejahteraan Sosial. Jurnal Zakat dan Wakaf, 2(2):380-400.
  6. al-Ghazali, Abu Hamid, Muhammad bin Ahmad. 2000. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Kaherah: Dar al-Taqwa li al-Turath.
  7. al-Shatibi, Ibrahīm Ibn Mūsā. Al -Muwāfaqāt fi Usul al-Syari‘ah. Bayrut: Dar al-Ma‘rifah.
  8. Faida Rahim. 2016. Free Malaysia today news: Golongan kelas pertengahan antara ratusan pesakit psikiatri di HKL, August 2, 2016.
  9. Fariza Md Sham, Salasiah Hanin Hamjah & Mohd Jurairi Sharifudin. 2008. Personaliti dari Perspektif al-Ghazali. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  10. Hasna Bidin. 2016. Pelaksanaan Solat dalam Kalangan Pelajar Muslim di Kolej Komuniti Negeri Johor. Tesis Dr. Fal, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.
  11. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. T.th. Garis Panduan Etika Berpakaian dan Penampilan Ke Pejabat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.http://www.kpkt.gov.my/resources/index/user_1/MENGENAI%20KPKT/GARIS%20PANDUAN/GP_Etika_Pakaian_KPKT.pdf. [Diakses pada 16 Julai 2018].
  12. Lestari Risnawati & Imanuddin Hasbi. 2014. Pengaruh gaya hidup terhadap proses keputusan pembelian produk revlon. Tesis Sarjana, Fakultas Komunikasi dan Bisnis, Universitas Telkom.
  13. S. Surat, M.A. Baharum, I.M.S Usman, A.R Musa, N.M.Tawil. 2012. Mengenalpasti Tahap Kesejahteraan Seni Bina Warisan Melayu Melalui Konsep Islam. Journal Design + Built, 2012:1-11.
  14. Mohd Janib Johari. 2001. Etika Profesional. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
  15. Nur Dalilah Zakaria. 2013. Pelaksanaan Ibadat Solat dan Hubungannya dengan Konflik Rumahtangga: Kajian di Unit Rundingcara Keluarga, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI. Jurnal Syariah, Jil.21, 2, Hal. 145–164, Jabatan Usul Fiqh:Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  16. Nur Faridah Abdullah @ Zakaria. 2016. Amalan solat fardhu murid tahun tiga di sekolah rendah. Latihan Ilmiah, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.
  17. Nurul Shahira Salim. 2013. Amalan Pembacaan Berkesan dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Uthm).Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  18. Othman Mohamed. 2000. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
  19. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. 2012. Etika Berpakaian Penjawat Awam. http://www.cgso.gov.my/portal/images/aktiviti/2016/UNITINTEGRITI/. [Diakses pada 7 Julai 2018].
  20. Pejabat Perdana Menteri. 2002. Dasar Galakan Membaca. http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/Dasar_Galakan_Membaca.pdf. [Diakses pada 7 Julai 2018]
  21. Rokiah Ismail. 2003. Fesyen Pakaian Remaja: Mengapa Perlu ‘Ranggi’? Pusat Pengajian Sosial, Persekitaran & Pembangunan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  22. Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, Asmak Ab. Rahman & Mohd Izani bin Mohd Zain. 2009. Pengukuhan Nilai dan Profesionalisme di Kalangan Penjawat Awam Ke Arah Efektif Governan di Malaysia. Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 3, 2009:559-592.
  23. Sri Suhandjati Sukri. 2009. Ensiklopedi Islam dan Perempuan. Bandung: Penerbit Nuansa.
  24. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 2016. http://www.sprm.gov.my/index.php/statistik-data-pesalah. Statistik Data Pesalah Rasuah. [Diakses pada 21 Julai 2018].
  25. Tiew Wai Sin. 2010. Tabiat dan Minat Membaca di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Smk Hulu Kelang, Gombak, Selangor Pada Tahun 2010. Jurnal Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Vol. 4, 2010: 57-75.
  26. Widyastuti Nurjayanti, Abdullah Aly & Arya Ronald3. 2014. Karakteristik Rumah Tinggal dengan Pendekatan Nilai Islami. Simposium Nasional RAPI XIII – 2014 FT UMS, 90-96.
  27. Zarina Kadri, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor. 2012. Zakat sebagai Pemangkin Pembangunan Ekonomi: Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII) Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara Maju Ipoh, Perak, 4–6 Jun 2012: 1263 – 1273.
  28. Zulkefli A.Hassan. 2005. Profesionalisme dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/ubulanan/2005/Feb-BL.pdf. [Diakses pada 11 Julai 2018].
  29. Zunaidah Zainon. 2006. Berfesyen biar menepati syariat. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm. Utusan Online. [Diakses pada 16 Julai 2018].

Categories: Dakwah dan Kepimpinan

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *