Menu Home

Abstrak – Perilaku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan dari segi pemakaian, gerak langkah malah dalam tutur kata pergaulan merupakan suatu perkara yang membimbangkan. Ini kerana perbuatan sebegitu ternyata sudah lari dari norma kehidupan yang sebenar. Al-Quran, al-sunnah malah kaedah-kaedah fiqh sudah melarang sekeras-kerasnya perbuatan songsang ini yang telah lama wujud di zaman al-anbiya’ lagi. Dalil-dalil daripada hadith Rasulullah s.a.w berkaitan pengkid (perbuatan perempuan meniru lelaki) dan mak nyah (lelaki meniru perempuan) telah digunakan dalam sighah fatwa oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang pada Oktober 2009. Namun dalil-dalil dari sumber yang lain tidak dinyatakan dalam dasar pengharaman  fatwa tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penghujahan fatwa dari sumber yang pelbagai iaitu berdasarkan ayat hukum dan kaedah fiqh dalam isu pengkid dan mak nyah seterusnya menganalisis dalil yang digunakan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dalam isu yang dibincangkan. Kajian ini ialah kajian kualitatif di mana kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data disampaikan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati ayat hukum dan kaedah fiqh sememangnya ada dalam penghujahan fatwa dalam isu pengkid dan mak nyah ini namun pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang lebih cenderung kepada penggunaan al-sunnah dalam fatwa kerana bagi mereka kaedah fiqh itu juga berasal dari al-sunnah. Walaupun begitu, hujah yang dibawa oleh pengkaji boleh turut diaplikasikan dalam isu ini untuk menguatkan lagi keputusan fatwa yang dikeluarkan.

PDF

Rujukan

  1. Darul Kautsar. 2017. Perempuan Menyerupai Lelaki Dan Sebaliknya. http://darulkautsar.net/asas-islam/?p=1835 [Januari 1, 2017].
  2. Al-Jassas, Ahmad bin cAli Abu Bakar al-Razi. 1994. Ahkam Al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
  3. Khairul Anuar Abdul Samad. 2008. Majlis Fatwa Haramkan Perlakuan ‘Pengkid.’ Berita Harian . http://2firdaus.blogspot.my/2008/10/.
  4. Al-Lahji, Abdullah Bin Sac 2013. Idhoh Al-Qawacid Al-Fiqhiyyah. Hauli: Dar Al-Dhiya’.
  5. Mohd Hanif Omar @ Wahab. 2017. Penerangan Proses Pembinaan Fatwa Negeri Pulau Pinang Dan Pengesahan Bagi Pendalilan Ayat Hukum Dan Kaedah Fiqh, Pulau Pinang. Temu bual, 27 Disember.
  6. Mufti Negeri Sembilan. t.th. Lelaki Menyerupai Perempuan Atau Sebaliknya Dari Sudut Hukum Syarak. http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/828-lelaki-menyerupai-perempuan-atau-sebaliknya-dari-sudut-hukum-syarak [Januari 1, 2017].
  7. Al-Nadwi, ᶜAli Ahmad. 1994. Al-Qawāᶜid Al-Fiqhiyyah. Dimasyq: Dar al-Qalam.
  8. Nasrudin Subhi, Mohd Suhaimi Mohamad & Lokman Hamid. 2013. Potensi konflik di antara pegangan islam dan identiti seksual: simptom psikologikal dalam kalangan mak nyah. Journal of Psychology & Human Development (2013) 1: 44 – 48 1:44–48.
  9. Al-Razi, Muhammad bin Umar bin Hussain bin Hassan ibnu Ali. 2000. Al-Tafsir Al-Kabir Au Mafatih Al-Ghaib. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
  10. Al-Sacdi, Abdul Rahman bin Nasir bin Abdullah. 2002. Bahjah Qulub Al-Abrar Wa Qurrah cUyun Al-Akhyar Fi Syarah Jawamic Al-Akhyar. Madinah al-Munawwarah: Maktabah al-Rusyd.
  11. Al-Tabari, Abu Jacfar Muhammad Ibnu Jarir. 1994. Tafsir Al-Tabari Min Kitabihi Jamici Al-Bayan can Ta’wil Ayi Al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risālah.
  12. Yuhanza binti Othman, Ida Rahayu binti Mahat, Mimi Sofiah Ahmad Mustafa & Marziana Abd Malib. 2015. Lelaki berpakaian seperti perempuan: antara gender identity disorder, undang-undang syariah dan perlembagaan malaysia. Dlm. S.Salahudin Suyurno & Abdul Qayuum Abdul Razak Hasan Bahrom (pnyt.). 1st International Islamic Heritage Conference (IsHeC 2015), Melaka: Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Tekonologi Mara.

Categories: Syariah

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *