Menu Home

MOTIVASI KERJA GURU DALAM MEMBANTU KEMAHIRAN LITERASI DAN NUMERASI DALAM KALANGAN MURID AWAL PERSEKOLAHAN

 

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi kerja guru dalam membantu murid awal persekolahan dalam menguasai kemahiran literasi dan numerasi dan mengkaji hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terdapat dalam motivasi kerja. Kajian ini dijalankan di 170 buah sekolah rendah di Muar, Johor. Seramai 400 orang guru LINUS terlibat sebagai sampel kajian yang dipilih secara rawak berstrata. Data diperoleh melalui set soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen Job Diagnostic Survey, Internal Work Motivation oleh Hackman dan Oldman, dan Intrinsic Job Motivation dari War oleh Cook and Wall yang diguna pakai dalam kajian Erawati (2005). Hasil kajian mendapati tahap motivasi kerja guru-guru LINUS secara keseluruhannya adalah tinggi. Faktor latar belakang responden tidak memberi perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap motivasi kerja secara keseluruhan. Manakala, aspek-aspek motivasi kerja iaitu kemampuan dan keterampilan, tanggungjawab, pengiktirafan, bercita-cita tinggi dan mengejar prestasi yang tinggi masing-masing mempunyai hubungan positif yang signifikan kecuali antara aspek tanggungjawab dengan aspek pengiktirafan yang mencatat hubungan positif yang lemah dan tidak signifikan. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pentadbir pendidikan dan para guru untuk sentiasa memastikan tahap motivasi kerja sentiasa tinggi sekali gus Program LINUS dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

PDF

Rujukan

  1. Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. 2011. 11 Teori & Prinsip Motivasi di Tempat Kerja. Selangor: Penerbit PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
  2. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli & Abdul Rahim. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis Dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur: Penerbit PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
  3. Dornyei, Z. 2001. Motivational Strategies In The Classroom. United Kingdom: Cambridge University Press.
  4. Ee Ah Meng. 1997. Psikologi Pendidikan II. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
  5. Erawati Toelis. 2005. Pengaruh Iklim Kerjasama, Motivasi Kerja dan Gaya Kepimpinan Pengetua Terhadap Kepuasan Kerja Guru. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  6. Herzberg, F., Mausner, B. and Synderman, B.B 1993. The Motivation to Work. New York: Brunswick Transaction Publishers.
  7. Hanidah Hashim. 2007. Penyeliaan Pengajaran dan Motivasi Kerja Guru: Satu Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kluang, Johor. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  8. Ho Jen Ming. 2007. Beban Tugas Guru Dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  9. Ibrahim Mohamad. 2011. Buku Panduan Dan Pengoperasian Program Literasi Dan Numerasi (LINUS). WP Kuala Lumpur: Penerbit Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum.
  10. Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di kalangan Guru di sekolah: Satu Penilaian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
  11. Law Huong Mei. 2004. Hubungan Gaya Komunikasi Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Guru. Jilid (29): 93-104. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
  12. Norliza Abdul Majid. 2011. Kemahiran Komunikasi dan Motivasi Kerja Dalam Kalangan Guru Cemerlang. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  13. Rozmi Ismail. 2011. Psikologi Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  14. Shahabuddin, Mahani & Ramlah. 2003. Psikologi Pendidikan. Bentong: Penerbit PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
  15. Syed Kamaruzaman Syed Ali. 2004. Kepuasan Kerja di Kalangan Guru Pendidikan Jasmani. Jilid (29): 81-92. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
  16. Won Siew Foong. 2003. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Guru Tadika di Sekitar Negeri Sembilan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
  17. Yufiza Mohd Yusof. 2004. Pengaruh Faktor Motivasi Terhadap Pembentukan Ciri-Ciri Keusahawanan Kontraktor Kelas F Menceburi Bidang Keusahawanan Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  18. Zamri, Jamalul Lail & Mohammed Sani. 2011. Transformasi Dan Inovasi Dalam Pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Categories: Pendidikan

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *