Menu Home

KAJIAN TERHADAP KESALAHAN LAZIM DALAM MEMBACA AL-QURAN DIKALANGANGURU PELATIH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, SABAH.

Abstrak : Membaca al-Quran adalah satu ibadah dan orang yang membaca Al-Quran akan mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah s.w.t manakala kesalahan membacanya membuatkan seseorang mendapat dosa daripada Allah Taala. Oleh itu setiap daripada kita mesti memastikan bahawa al-Quran yang kita baca adalah menepati kaedah bacaan yang betul bagi memastikan kita memperolihi pahala dan menjauhi dosa dan juga laknat Allah SWT apabila kita membacanya dengan tidak tepat. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti jenis kesalahan yang lazim dilakukan ketika membaca Al- Quran. Metodologi analisis dokumen dan kajian tinjauan telah digunakan bagi mengenalpasti ketepatan responden dalam membaca al-Quran. Seramai 30 orang responden daripada guru pelatih PDPM KDC telah dipilih secara rawak mudah bagi menguji bacaanya. Hasil kajian mendapati seramai 5 orang berada di tahap cemerlang, 10 orang berada di tahap sederhana manakala 15 orang daripada mereka berada pada tahap lemah dalam kemahiran membaca al-Quran. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua kesalahan dalam pembacaan AL Quran, iaitu kesalahan yang nyata ((جلي dan kesalahan yang tersembunyi (خفي). Kemahiran membaca al-Quran bermaksud kebolehan menyebut dan membaca ayat-ayat al-Quran dengan lancar dan menepati hukum tajwid dengan memelihara mahkraj dan sifat huruf. Jika diabai untuk mempelajari dan membaca Al-Quran akan meninggalkan kesan kepada ibadah solat kepada individu Islam itu sendiri. Oleh itu, pembelajaran tilawah harus bermula dari awal usia dalam pendidikan yang mana kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan Pengajian al-Quran sebagai salah satu mata pelajaran dalam kurikulum Pendidikan Islam di Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah. Dengan adanya kajian ini diharap guru-guru yang mengajar Al-Quran dapat memastikan pelajaran tajwid disebarluaskan agar menjadi perhatian pada umat Islam yang memahami kepentingan membaca Al-Quran dengan betul.

PDF

Rujukan

 

  1. Al-Quran al-Karim.
  2. Abdul Halim Hj. Mat Diah (1987), Satu contoh tentang huraian Metodologi, Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya.
  3. Ahmad Badawi Abdullah & Ashraf Ismail.2001.Ilmu Qiraat. Bangi.Universiti Kebangsaan Malaysia.
  4. Abdul Ghani Jabal Maraqy.2016.Siraj al Qari. terj.Kota Bharu.Jabal Maraqy
  5. Abdul Qadir Leoang.2001. Tajwid Al quran rasm uthmani. Kuala Lumpur.Pustaka Salam
  6. Ahmad Muhammad Mu’abbad.2016. Panduan Lengkap Ilmu Tajwid.Pustaka Al-Ehsan
  7. Abu Mardhiyyah. 2013. Tajwid al-Quran Qiraat ‘Asim Riwayat Hafs Toriq Syatibi.Kuala Lumpur. Al-Jenderaki Enterprise.
  8. Abdul Ghani Ariffin (2007) Panduan Tajwid &Al-Quran.Kuala Lumpur.Sarjana Media.
  9. Abdullah Al Qari Salleh.1995. Ilmu & Disiplin Memahami Al Quran.Kuala Lumpur.Darul Nu’man.
  10. Azmil Hashim, Jahidih Saili. 2015. Kebolehupayaan Pembacaan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Psmza). Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Psmza).Terengganu.
  11. Azmil Hashim dan Jahidih Saili.2015. Hubungan antara Tahap Kemahiran Al-Quran Guru dan Pencapaian Tajwid Al-Quran Pelajar KKQ di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tinta Artikulasi Membina Ummah 1(1), 144-151
  12. Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam :Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik, Selangor : Dewan Pustaka Islam.
  13. Abdullah al-Qari Hj. Salleh (1991), Kursus Qari dan Qariah, 11, Kota Bharu :Pustaka Aman Press.
  14. Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  15. Ahmad Mohd Salleh (2004). Pendidikan Islam : Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Selangor : Fajar Bakti.
  16. Abdullah Mohamad ( 2004 ) “ Kemahiran Ilmu Tajwid di Kalangan Pelajar : Kajian Di Maktab Perguruan Besut, Terengganu”, Tesis Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  17. Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi Awang @ Husain & Ab. Halim Tamuri. 2012. Penguasaan Bacaan Hukum Nun Sakinah Dalam Tilawah
    Al-Quran Pelajar-Pelajar Bermasalah Penglihatan di Malaysia.International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education 2012.
  18. Imam Al Nawawi.(2017 Adab pembaca al-Quran.Trj. Selangor. Telaga biru.
  19. blogspot.com.2015. Macam-Macam Kesalahan Dalam Membaca Al-Qur’an (Lahn). http://islamadiina.blogspot.com/2015/08/macam-macam-kesalahan-dalam-membaca-al-quran-lahn.html. (23 ogos 2018)
  20. Khairuddin B said.2012. Kenali al-Quran.Johor Bharu.Perniagaan Jahabersa.
  21. Khairul Anwar Mohammad & Zulhilmi Mohamad Nor.2007.Al-Tajwid.Selangor. Open Universiti Malaysia
  22. Manna al Qathtan.2013.Pengantar studi ilmu al-Quran.edisi 8. Jakarta. Pustaka al-kautsar.
  23. Mohd Rahim Jusoh.2012. Tajwid al-Huruf dan Mengenal Waqaf.Selangor.Pustaka Khodim Al-Mushaf.
  24. Muhammad Ali As-Shabuni.2007. Penjelasan ilmu-ilmu Al-Quran. selangor.cresent news(KL) sdn bhd
  25. Mohd Aderi Che Noh. Amalan pengajaran Tilawah al-quran: satu tinjauan terhadap persepsi guru di sekolah menengah harian Malaysia. Journal of Islamic and arabic Education 1 (1) 57-72
  26. Mohd Khairulazman Bin Hj Abu Bakar & Azman bin Che Mat. 2015. Profil Demografi Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Psmza) Dalam Pembacaan Alquran. Academia Journal UiTMT. Volume 4 Issue 2
  27. Mohd Faisal Mohamed,Zawawi Ismail dan Rahimi Md Saad. 2008. Celik al-quran: cabaran dan realiti dalam pendidikan Islam di sekolah. Journal masalah pendidikan.volume 31issue 1241-253
  28. Surur Shihabuddin. 2004.Ilmu Tajwid menurut riwayat Hafs an a”asim melalui toriq asy syatibiyyah.Kuala Lumpur.Pustaka salam sdn.bhd.
  29. Surul Shahbudin Bin Hassan dan Muhammad Azhar Bin Zailaini.2015.Bentuk-bentuk kesalahan bacaan al-quran pelajar di sebuah ipta. The Online Journal of Islamic Education 3 Issue 2
  30. Wan Bakar Wan Dagang. 1988. Generasi al-Quran: Perancangan dan pelaksanaannya. Kertaskerja dibentangkan dalam Seminar Pendidikan al-Quran anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dan Maktab Perguruan Islam, Bangi.
  31. Zamri Zainuldin.2011. Bijak Tajwid.Kuala Lumpur. Inteam Publishing sdn bhd.

 

Categories: USHULUDDIN

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *