Menu Home

PENGKARYAAN NAJIB AL-KILANI DALAM CAZRA’ JAKARTA MENURUT PERSPEKTIF TAKMILAH

Abstrak: Najib al-Kilani (1931-1995) merupakan sasterawan muslim Mesir yang telah banyak menghasilkan karya sastera Islam semasa hidupnya. Melalui karyanya itu, al-Kilani dianggap sebagai salah seorang sasterawan yang sukses dalam mengedepankan hak-hak umat Islam serta mengutamakan penggunaan elemen-elemen kretiviti penceritaan yang bersesuaian dengan tasawwur Islam. Bahkan, dalam dunia sastera Islam ia juga dikenali sebagai pelopor sastera Islam. Berdasarkan hal tersebut, penulis melihat adanya kerelevanan sosok Najib al-Kilani untuk dibahas kembali dari segi pengkaryaannya dalam membangun penceritaan berdasarkan tasawwur Islam. Dengan memilih salah satu novel karya al-Kilani yang mengangkat sejarah umat Islam di Nusantara iaitu cAzra’ Jakarta, maka wajar jika kajian ini akan menggunakan kritikan sastera tempatan iaitu teori Takmilah yang diusung oleh Shafie Abu Bakar, seorang sasterawan dan kritikus asal Malaysia bagi memperlihatkan pengkaryaan al-Kilani sebagai pengarang yang mengemukakan unsur-unsur Islam. Selain itu, tujuan penggunaan teori ini adalah untuk melihat kesesuaian gagasan sastera Islam yang dibawa al-Kilani dalam karyanya dengan gagasan sastera Islam di Nusantara. Adapun hasil kajian ini mendapati bahawa kandungan novel cAzra’ Jakarta memiliki kesesuaian dengan gagasan takmilah dalam mengemukakan tasawwur Islam pada aspek karya. Sementara itu, tasawwur Islam yang dinyatakan juga bertepatan dengan keempat-empat prinsip Takmilah iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat kamal, prinsip kerasulan sebagai insan kamil, prinsip keislaman yang bersifat akmal dan prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat takamul.

PDF

Rujukan
1. Al-Qur’an al-Karim
2. Abu Salih, Abd al-Qudus. 1416 H/1995. Najib al-Kilani kama cAraftuhu. Majallah al-Adab al-Islamy. Th. III No. 9-10. Hlm. 4-5. Beirut: Muassasah al-Risalah.
3. al-cAriny, Abdullah bin Salih. 1416 H/1995. Najib al-Kilani fi Rihlatihi al-Riwa’iyyah. Majallah al-Adab al-Islamy. Th. III No. 9-10. Hlm. 27-30. Beirut: Muassasah al-Risalah.
4. al-cAriny, Abdullah bin Salih. 2005. Al-Ittijah al-Insany fi Acmal Najib al-Kilani al-Qasasiyyah. Ed. ke-2. Riyadh: Dar Kunuz Eshbelia.
5. al-Kilani, Najib. 1974. cAzra’ Jakarta. Kairo: Dar al-Nafais.
6. al-Kilani, Najib. 1994a. Lamhat Min Hayati. Jilid 3. Beirut: Muassasah al-Risalah.
7. al-Kilani, Najib. 1994b. Lamhat Min Hayati. Jilid 4. Beirut: Muassasah al-Risalah.
8. al-Kilani, Najib. 1994c. Lamhat Min Hayati. Jilid 5. Beirut: Muassasah al-Risalah.
9. al-Kilani, Najib. 2001. Gadis Jakarta. Terj. Pahrurroji Muhammad Bukhori. Ed. ke-3. Yogyakarta: Navila.
10. al-Kilani, Najib. 2006. Mudhakkarat al-Duktur Najib al-Kilani. Jilid 1. t.tp: Kuttab al-Mukhtar.
11. al-Nadwi, Abul Hasan cAli al-Husni. 1416 H/1995. Kata Pengantar. Majallah al-Adab al-Islamy. Th. III No. 9-10. Hlm. 3. Beirut: Muassasah al-Risalah.
12. al-Sijistani, Abu Daud Sulaiman al-Ashcas. 1430H/2009. Sunan Abi Daud. Jil. 5. Beirut: Dar al-Risalah al-cAlamiyah.
13. al-Taaji, Muhammad Yusuf. 1416 H/1995. Najib al-Kilani wa Durusuhu min Tajribatihi al-Zaatiyyah fi Kitabati al-Qissah al-Islamiyyah. Majallah al-Adab al-Islamy. Th. III No. 9-10. Hlm. 50-56. Beirut: Muassasah al-Risalah.
14. Anon. 2015. Hilmi al-Qacud Yatahaddas can Dhikriyatihi maca Raid al-Adab al-Islamy Najib al-Kilani. Al-Misriyyun. https://almesryoon.com/story/696205/ [1 Oktober 2018].
15. Anon. 2015. Lestarikan tamadun Islam melalui penulisan karya sastera Islam. Pelita Brunei, 27 April: 2, 9.
16. ATIDA-Indonesia. 2009. Halusinasi Najib Kailani dari Zuriyati.
http://www.atida.org/melayu/index.php?option=com_content&view=article&id=52:halusinasi-najib-kailani-dari-zuriyati [1 Oktober 2018].
17. Dardiri, Taufiq Ahmad. 2008. Konflik Komunis dengan Islam dalam Novel cAzra’ Jakarta Karya Najib el-Kilany; Analisis Struktural Genetik. Tesis PhD UIN Sunan Kalijaga.
18. Hidayat, Moh. Wakhid. 2017. Fakta Indonesia dalam Kesasteraan Arab: Telaah atas Novel cAzra’ Jakarta karya Najib al-Kilani. Prosiding Kebahasaan dan Kesasteraan Balai Bahasa DIY. Yogyakarta. 313-324.
19. Jawas, Yazid bin Abdul Qadir. 2006. Syarah cAqidah Ahlus Sunnah wal Jamacah. Bogor: Pustaka Imam Asy-Syafici.
20. Kamariah Kamaruddin. 2011. Takmilah dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
21. Kedaulatan Rakyat. 2009. 16 Mac.
22. Mohamad Mokhtar Hassan. 2002. Teori Sastera Tempatan: Satu Analisis. Jurnal Pengajian Melayu. 12. Hlm. 24-39.
23. Mohammad, Herry. 2006. Tokoh-tokoh Islam yang Berpengaruh Pada Abad 20. Jakarta: Gema Insani Press.
24. Pabiyah Toklubok Haji Maming. 2010. Kesejagatan Novel-novel najib al-Kilani: Satu Pengenalan. Jurnal Aswara. 5 (1). Hlm. 28-37.
25. Repositori UIN:
26. Shafie Abu Bakar. 1995. Takmilah: Teori Sastera Islam. Dlm. S. Jaafar Husin (pngr.). Nadwah Ketakwaan Melalui Kreativiti. Hlm. 46-89. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
27. Shafie Abu Bakar. 1997. Takmilah: Teori, Falsafah dan Prinsip. Dlm. Mana Sikana (peng). Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik. Hlm. 125-145. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu UKM.

 

Categories: Uncategorized

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *