WARGA EMAS KEMURUNGAN

Abstrak – Istilah kemurungan tidak asing lagi bagi warga emas. Kemurungan adalah masalah kesihatan mental yang biasa dialami oleh warga emas di  mana mereka berasa sedih, rendah diri dan kekosongan hidup yang berpanjangan. Ini adalah sejenis penyakit yang melibatkan tubuh badan, perasaan dan minda. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, 25% daripada mereka yang berumur lebih 65 tahun dikenal pasti menghidap penyakit kemurungan. Objektif kajian ini ialah bagi mengenal pasti adakah warga emas ini selalu berada dalam situasi kemurungan dan apakah penyebabnya. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan metod analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa sebab mengapa seseorang warga emas itu menjadi murung seperti punca yang disebabkan oleh kemerosotan kesihatan fizikal, masalah sosial, perubahan hormon, tekanan emosi, genetik keturunan dan pengabaian warga emas.

Rujukan

  1. Al-quran.
  2. Abdul Majid bin Omar. 2007. Pengenalan Dakwah. Selangor. Jabatan Mufti Negeri Selangor.
  3. Ghazali Darussalam. 1996. Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Utusan Publications & Distributors SDN BHD.
  4. Mohammad Fadzeli Jaafar. 2017. Stilistik dalam Cereka. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
  5. Munzier Suparta dan Harjani Hefni. 2003. Metode Dakwah. Jakarta. Perdana Media.
  6. Mustafa Ar-Rafie yang telah diterjemahkan oleh Abd. Wahab Latif, Badlihisham Mohd Nasir dan Mashitah Ismail. 2004. Dakwah Dan Keunggulan Para Daie. Shah Alam. Karisma Publications SDN BHD.
  7. Siti Khariah Mohd Zubir. 2011. Penulisan Kreatif dalam Menjana Minda dan Sumber Pendapatan Belia. Malaysian  Journal  of  Youth  Studies 4:157–67.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *