PENULISAN KREATIF DAKWAH DALAM NOVEL “PEMBURU”

Abstrak: Penulisan kreatif merupakan salah satu usaha dalam menyampaikan dakwah. Kajian ini membincangkan tentang konsep dakwah mau’izah hasanah yang terdapat di dalam novel Pemburu hasil karya Hilal Asyraf. Konsep dakwah yang digunakan oleh penulis adalah untuk memberi contoh yang baik atau akhlak mulia atau perkataan baik yang dijadikan medium dakwah dalam penulisan beliau. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep dakwah mau’izah hasanah yang terdapat dalam penulisan novel Pemburu dan menganalisis konsep tersebut untuk memahaminya dengan lebih baik dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Metod kajian ini adalah kajian yang berbentuk kualitatif melalui analisis kandungan iaitu menganalisis teks yang mempunyai konsep dakwah mau’izah hasanah. Hasil dapatan kajian adalah terdapat teks yang berkonsepkan dakwah mau’izah hasanah yang boleh dijadikan qudwah hasanah kepada pembaca di dalam novel Pemburu karya Hilal Asyraf. Konsep tersebut dijadikan satu usaha medium dakwah dalam penulisan beliau. Implikasi daripada kajian ini adalah dapat mengetahui bahawa novel Pemburu ini bukan sahaja sebagai bahan bacaan remaja yang mempunyai unsur imaginasi yang tinggi bahkan ia mempunyai unsur dakwah kepada pembaca.

Rujukan

  1. Al-quran.
  2. Abdul Majid bin Omar. 2007. Pengenalan Dakwah. Selangor. Jabatan Mufti Negeri Selangor.
  3. Ghazali Darussalam. 1996. Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Utusan Publications & Distributors SDN BHD.
  4. Mohammad Fadzeli Jaafar. 2017. Stilistik dalam Cereka. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
  5. Munzier Suparta dan Harjani Hefni. 2003. Metode Dakwah. Jakarta. Perdana Media.
  6. Mustafa Ar-Rafie yang telah diterjemahkan oleh Abd. Wahab Latif, Badlihisham Mohd Nasir dan Mashitah Ismail. 2004. Dakwah Dan Keunggulan Para Daie. Shah Alam. Karisma Publications SDN BHD.
  7. Siti Khariah Mohd Zubir. 2011. Penulisan Kreatif dalam Menjana Minda dan Sumber Pendapatan Belia. Malaysian  Journal  of  Youth  Studies 4:157–67.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *