SEJARAH PENUBUHAN DAN SISTEM PENGAJIAN DI MADRASAH AL-ULUMAD-DINIAH AL-USMANIAH

Abstrak: Sejarah menunjukkan bahawa pengajian pondok merupakan institusi pendidikan Islam terawal ditubuhkan di Malaysia. Pengkaji telah mengenalpasti salah sebuah pondok yang ditubuhkan pada akhir abad ke-20 dan terkenal di negeri Kedah pada hari ini. Pondok tersebut ialah Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah atau lebih mesra dikenali sebagai Madrasah Al-Usmaniah yang telah diasaskan oleh Ustaz Haji Sabri bin Osman yang merupakan pengerusi kepada Pertubuhan Jemaah Pondok-pondok Negeri Kedah (PJPPNK). Justeru, pondok tersebut penting untuk dikaji bagi mengenalpasti akan sejarah penubuhan dan sistem pengajiannya. Walaupun wujud kajian lepas yang mengkaji mengenai pondok tersebut, akan tetapi kajian tersebut tidak menyentuh mengenai aspek sejarah penubuhan dan juga sistem pengajiannya. Oleh itu, kajian ini akan membahaskan dari segi pengasas, sejarah penubuhan, objektif dan undang-undang pondok dan sistem pengajian di Madrasah Al-Usmaniah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif serta kaedah pengumpulan data adalah temu bual dan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa mudir pondok mempunyai sifat serta karakter yang tegas di dalam menjalankan hukum-hukum agama. Sifatya yang tegas juga dapat dilihat dari sudut kebersihan kawasan pondok yang terjaga rapi. Pondok juga mempunyai objektif serta undang-undang pondok yang tersendiri. Selain itu, Madrasah Al-Usmaniah menggunakan kaedah gabungan di antara sistem pengajian umumi dan nizomi, kerana membuka peluang kepada para pelajar yang tidak boleh mengikuti sistem umumi. Justeru, pengkaji mencadangkan agar dibuat kajian secara khusus dan mendalam ke atas latar belakang dan peranan PJPPNK tersebut kerana belum ada kajian secara ilmiah. Begitu juga kajian mengenai sejarah penubuhan dan sistem pengajian perlu juga dibuat terhadap institusi pengajian pondok yang lain.

Rujukan

  1. Ab. Halim Tamuri & Kamarul Azmi Jasmi. 2009. Nilai, amalan, dan sistem pendidikan masyarakat melayu Islam selepas penjajahan barat hingga kini. Peradaban Arab-Islam dan Masyarakat Melayu. Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.
  2. Abdullah Ishak. 1987. Ke arah mengembalikan identiti pondok di Malaysia. Tesis Ph.D., Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
  3. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. Abdullah Jusuh. 1990. Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
  5. Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2016. Mengenali Kuantitatif dan kualitatif dalam penyelidikan pengajian Islam. Bangi: Penerbit FPI Universiti Kebangsaan Malaysia.
  6. Anon. 2013. Ulama pondok zahirkan peranan. Malay Mujahid. malaymujahid.blogspot.com/2013/02/ulama-pondok-zahirkan-peranan. [11 June 2019].
  7. Anon. 2016. Pelajar sekolah pondok perlu sijil pengiktirafan. Utusan Online. www.utusan.com.my/berita/nasional/pelajar-sekolah-pondok-perlu-sijil-pengiktirafan-1.408584 [22 June 2019].
  8. Anon. 2017. Madrasah Al-ulum Ad-diniah Al-usmaniah Pondok Tanjung Kapur Kedah. Facebook. https://www.facebook.com/346614188701042/posts/assalamualaikumpendaftaran-baru-telah-di-buka-bagi-pelajar-yg-ingin-belajar-fard/1825929424102837/ [24 June 2019].
  9. Awang Had Salleh. 1977. Institusi Pondok di Malaysia. Dlm.  Zainal Kling (pnyt.). Masyarakat Melayu: Antara tradisi dan perubahan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
  10. Bicara Pondok episode-3 (Pondok Tg. Kapur Jitra Kedah Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah). 2014. Video. Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia.
  11. Chua Yan Piaw. 2014. Kaedah dan statistik penyelidikan (Buku 1): Kaedah penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill (M) Sdn. Bhd.
  12. Farahdina Fazial. 2018. Kelestarian mekanisme pembiayaan pembangunan wakaf institusi pondok di negeri Kedah. Tesis Dr. Falsafah, Pusat Pengajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia.
  13. Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor. 2014. Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS. Sintok: Universiti Teknologi Malaysia.
  14. Fuziah Shaffie. 2001. Institusi pondok di Malaysia: Satu sorotan dari perspektif sejarah. Jurnal Pembangunan Sosial 2: 116–132.
  15. Ghazali Darusalam. 2001. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
  16. Hanapiah Abu Hasan. 2018. Pengurusan sekolah pondok: Kajian terhadap Madrasah Al-Ulum Addiniah Al-Osmaniah Jitra, Kedah. Temu bual, 26 Disember.
  17. Mohd Zulkhairi Jamaludin. 2019. Penguru‪san ‍sekolah pondok: Kajian terhadap Madrasah Al-Ulum Addiniah Al-Osmaniah Jitra, Kedah. Temu bual, 8 Januari.
  18. Omardin Ashaari. 1999. Pengurusan Sekolah: Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.
  19. Rosnani Lebai Chik. 2018. Penguru‪san ‍sekolah pondok: Kajian terhadap Madrasah Al-Ulum Addiniah Al-Osmaniah Jitra, Kedah. Temu bual, 20 Disember.
  20. Shukri Ahmad, Najib Ahmad Marzuki, Che Su Mustafa, Rohani Abd Ghani, Mohd Nizho Abd Rahman & Mohamad Khadaf Hj Rofie. 2014. Senario pondok di negeri Kedah masakini: Permasalahan dan cabaran. Universiti Utara Malaysia.
  21. Sunni. 2012. Institusi pondok masih relevan sebagai benteng pertahan identiti Melayu Islam-Najib. Al-Ahkam.net. www.al-ahkam.net/home/content/institusi-pondok-masih-relevan-sebagai-benteng-pertahan-identiti-melayu-islam-najib [29 March 2019].

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *