Menu Home

PENGARUH PENGLIBATAN WANITA DALAM GERAKAN DAESH DI MALAYSIA

Mutakhir ini sering kali kita dikejutkan dengan masalah yang melanda umat Islam seperti di negara Palestin, Syria, Myanmar dan di negara-negara Islam yang lain ditindas oleh pengganas-pengganas seperti militan Daesh. Mereka melakukan kekejaman yang melampaui batas-batas kemanusiaan serta menggugat keselamatan dan keamanan negara. Wanita, kanak-kanak dan orang tua juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa penindasan mereka. Sedangkan Islam tidak pernah meredhai kezaliman terhadap umatnya. Di samping itu, pada abad ke 21 kita dapat saksikan video dan media sosial menjadi senjata perang saraf bagi kumpulan militan ini untuk membina pengaruh, pengrekrutan dan mengukuhkan ideologi mereka di rantau ini. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor penglibatan wanita dalam gerakan Daesh di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan. Manakala, pengumpulan data bagi kajian ni adalah berdasarkan kajian-kajian lepas seperti tesis, artikel dalam jurnal, buku-buku, prosiding dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati salah faham dengan konsep jihad adalah faktor yang menyebabkan golongan wanita terlibat dalam gerakan Daesh di Malaysia serta dipengaruhi dengan ideologi Daesh yang disebarkan di media sosial.

Rujukan

  1. Al-Quran
  2. Ahmad Sauffiyan Abu Hassan. 2016. Daesh: Kebangkitan dan Pengaruh Media Sosial. Jurnal Komunikasi 32(2): 381-404.
  3. Al-Qaradawi. 2009. Fiqh Al-Jihad, Dirasah Muqaramah Li Ahkamihiwa Falsafatihi Fi Dau Al-Quran Wa Al-Sunnah. Cairo: Maktabah Wahbah.
  4. Angkatan Tentera Malaysia. 2015. Ancaman Militan Islamic State (IS). Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd.
  5. Badawi & Mahmud Syaikh. 2007. Taman Wanita-Wanita Solehah. Jakarta: Qisthi Press.
  6. Beatrice Gorawantschy, Rohan Gunaratna, Megha Sarmah & Patrick Rueppel. 2016. Countering Daesh Extremism. S.Rajaratnam Scholl of International Studies Nanyang Technological University. Konrad-Adenauer–Stiftung, Singapore.
  7. Berita Harian. 2017. 7 Suspek Terbabit Daesh Ditahan.
  8. Berita Harian. 2017. Sifat Simpati Jerat Wanita Sertai Daesh.
  9. Fatimah Muhammad Ali. 1996. Aduhai Wanita Islam, Apakah Perananmu dalam Menempuh Cabaran Keduniaan. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd.
  10. Harian Metro. 2017. 3 Hari “Tanam’ Ideologi Daish.
  11. Haziman Zakaria. 2016. Aliran Pemikiran Barat, Rasionalisme, Emperikalisme dan Humanisme dan Bahayanya kepada Akidah Umat Islam. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang
  12. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. 2014. Isu umat Islam yang berjuang di Syria atas nama ISIS. Bil.1: 106.
  13. Rashila Ramli. 2008. Pemerkasaan Wanita dalam Politik Malaysia. Jurnal Kajian Politik dan Masalah Pembangunan 4(1): 181-194.
  14. Sheikh Abdullah Basmeih. 2000. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian Al- Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
  15. Sibalinggam, M. 2016. Handbook of Terrorism in the Asia-Pacific. London: Imperial College Press.
  16. Utusan Malaysia. 2017. Wanita Asia Tenggara Sasaran Baharu Daesh.
  17. Utusan Malaysia. 2017. Wanita dan Daesh.
  18. Utusan Malaysia. 2018. Ketua Sel Daesh Wanita Pertama Malaysia.
  19. York, R. 2015. Know the Enemy: Islamic State of Iraq and the Levant. North Carolina: Lulu Press Inc.
  20. Zul`Azmi Yaakob & Ahmad Sunawari Long. 2015. Terrorisme sebagai Cabaran Ideologi Muslim Masa Kini: Satu Analisis dari Perspektif Falsafah. International Journal of Islamic Thought 7: 58-63.

Categories: Dakwah dan Kepimpinan

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *