Menu Home

PENGURUSAN EMOSI WANITA HAMIL LUAR NIKAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM : SATU TINJAUAN LITERATUR

Abstrak: Emosi merupakan suatu elemen dalam diri seorang manusia yang mampu mempengaruhi sebarang keputusan dalam kehidupan. Emosi yang stabil membolehkan seseorang individu itu berfikir secara waras dan sempurna manakala seseorang yang berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil akan mampu melakukan perkara yang bertentangan dengan kewarasan yang normal. Justeru itu, pengurusan emosi amat diperlukan terutamanya apabila seseorang sedang menghadapi ujian atau fasa-fasa kritikal dalam kehidupan. Artikel ini akan membincangkan pengurusan emosi bagi wanita yang hamil luar nikah menurut perspektif Islam. Umumnya wanita merupakan golongan yang mudah terganggu emosi mereka lebih-lebih lagi bagi yang pernah mengalami sejarah hitam dalam hidupnya. Perubahan emosi seperti kesunyian, kemurungan, tertekan dan kecewa antara emosi yang sering dialami oleh mereka yang hamil luar nikah. Hal ini perlu ditangani dengan kaedah yang tepat agar dapat membantu mereka mengawal emosi. Pendekatan spiritual sangat perlu dalam membantu mereka merasai ketenangan iaitu dengan cara mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu, beberapa kaedah pengurusan emosi yang bertepatan dengan perspektif Islam telah dibincangkan agar dapat membantu mereka yang hamil luar nikah untuk lebih tenang dalam menguruskan emosi mereka agar langkah yang dilakukan mampu menjadikan mereka seseorang yang lebih baik dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.

Rujukan

  1. Al-Quran
  2. Al-Quran Al-Karim & Terjemahan. Al-Quran Darul Iman. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd
  3. Abdullah Bin Muhammad Basmeih (1993) Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur : Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri.
  4. Agustian, A.G. (2001). Kecerdasan Emosi dan Spiritual: Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual. Indonesia: Penerbit  Arga
  5. Chalise, H., Kai, I., & Saito, T. (2010). Social Support and its Correlation with Loneliness: A Cross-Cultural Study of Nepalese Older
  6. Adults. International .Journal of Aging and Human Development, 71 (2): 115-138.
  7. Dove, M. K., & Miller, K. L. (2007). Child Sexual Abuse: What Every Educator Should Know. The Delta Kappa Gamma Bulletin, 21-25.
  8. Goleman, D (1998). Emotional Intelligence. New York: Bantam Books
  9. Hans Selye. 1974. The Motivatio-hygieneTheory: InVictor H. Vroom and  Edward L. Deci (Eds), Management and Motivation 1,56. Disunting oleh Baltimore, MD : Penguin Books.
  10. Hornby, A. S. 1995. Oxford Advanced Learners’ Dictionary . Oxford University Press
  11. Juraimy Kadir, Ahmad Azan Ridzuan. (2014). Strategi Menguruskan Tekanan dari Perspektif Islam. Jurnal Hadhari, 6(1), 27-41
  12. Kamus Dewan. 1998. Edisi Ketiga . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  13. Khairul Hamimah Mohammad Jodi,Nurul Husna Mansor.(2016).Persepsi Keberkesanan Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Program Pembangunan Wanita Bermasalah:Penyelidikan Semasa dalamPengajian Islam, Akademi Pengajian Islam: UM, 2016, 145-66.
  14. Koropeckyj-Cox, T. (1998). Loneliness and depression in middle and old age: Are the childless more vulnerable? The Journals of Gerontology Series B: Psychological Sciences and Social Sciences, 53(6), S303-S312.
  15. Mahmood Nazar Mohamed (1992). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan  Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  16. Muhammad, A. (2011).Cara kerja emosi dan pikiran manusia. Jogjakarta: Diva press
  17. Nadiea Binti Ismail, Salasiah Hanin Hamjah. (2017). Pendekatan Tazkiyah Al-Nafs dalam Menghadapi Postpartum Depression: Satu Analisis Literatur . Jurnal Fikiran Masyarakat. 5 (3) , 132-138
  18. Pinquart, M. (2003). Loneliness in married, widowed, divorced, and never-married older adults. Journal of Social and personal relationships, 20(1), 31-53.
  19. Robiah. 2001. Dalam Zainuddin Abu, Zuria Mahmud Dan Salleh Amat. 2008. Pendekatan Kaunseling Menangani Masalah Kebebasan dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi : Kajian Kes. Jurnal Pendidikan
  20. Rohany Nasir Zainah Ahmad Zamani Rozainee Khairudin Wan Shahrazad Wan Sulaiman Mohd Norahim Mohd Sani  Aizan Sofia Amin. (2015). Tahap Pengherotan Kognitif, Kesunyian, Kemurungan, Penghargaan Kendiri, dan Sokongan Sosial dalam Kalangan Wanita Hamil Luar Nikah. Jurnal Psikologi Malaysia 29 (2), 1-10
  21. Rohany Nasir Zainah Ahmad Zamani Rozainee Khairudin, Wan Shahrazad Wan Sulaiman Mohd. Norahim Moh. Sani  Aizan Sofia Amin. (2016). Hubungan antara Kesunyian dan Sokongan Sosial Terhadap Kemurungan dalam Kalangan Wanita Hamil Tanpa Nikah. Jurnal Psikologi Malaysia. 30 (1), 152-159
  22. Salasiah Hanin Hamjah. 2016. Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut Al-Ghazali. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
  23. Siti Sarawati Johar. 2009. Kepentingan Penguasaan Kecerdasan Emosi (EQ) Pelajar Luar Bandar: Harapan dan Cabaran Dalam Pembentukan Modal Insan Berjiwa Kelas Pertama
  24. Siti Zubaidah Ismail. 2017. Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia, Cet. 1., Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2017, hlm. 120.
  25. Sohaimi Abdul Aziz. (2004). Gejala Sosial Akibat Gagal Imbang IQ dan EQ. Dalam Berita Harian, 9 Mac.
  26. Wan Fadhilah Wan Ismail. (2011). Kesan dan Akibat Kehamilan Remaja. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.  http://www.myhealth.gov.my/index.ph p/kehamilan-remaja/kesan-a-akibatkehamilan-remaja.
  27. World Health Organization. (2017). Depression and other common mental disorders: Gloal health estimates. World Health Organization. Geneva. Tarikh capaian: Dimuat turun dari  http://www.who.int/mental_health/management/depression/prevalence_obhealt h estimates/en/.
  28. Zuridan Mohd Daud. 2010. Penyucian Jiwa. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.

Categories: Dakwah dan Kepimpinan

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *