Menu Home

AGIHAN ZAKAT DALAM BENTUK PEMBIAYAAN MIKRO UNTUK USAHAWAN ASNAF DI BAITUL MAL MAIWP: SATU DIMENSI BARU

Abstrak: Industri kecil dan sederhana (IKS) ketika ini telah mengalami peningkatan. IKS merupakan salah satu tunjang dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Pembiayaan mikro merupakan sumber kewangan yang sering mendapat tempat dalam kalangan usahawan yang menjalankan perusahaan berskala kecil dan sederhana khususnya. Ketika ini di Malaysia, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN Nasional merupakan antara institusi yang sering mendapat tempat dalam kalangan bumiputera untuk mendapatkan modal perniagaan dalam bentuk pembiayaan. Manakala, institusi-institusi Zakat Negeri pula menyediakan bantuan modal pernigaan yang diberi secara ‘one-off’ dan tidak memerlukan bayaran balik. Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis serta meneroka potensi pelaksanaan pembiayaan mikro daripada dana zakat di Baitul Mal MAIWP. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis pandangan pengamal zakat berkenaan pelaksanaan pembiayaan mikro kredit daripada dana zakat. Reka bentuk kajian kes digunakan melalui temu bual separa struktur bersama 5 orang pegawai zakat serta pegawai dari AIM dan TEKUN Nasional. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kecenderungan pembiayaan mikro diaplikasikan di institusi zakat seterusnya berpotensi untuk diamalkan di Baitul Mal MAIWP. Oleh yang demikian, agihan dana zakat dalam bentuk pembiayaan mikro dilihat berpotensi untuk dilaksanakan.

Rujukan

  1. Al-Quran
  2. Al-Nawawi 1996. Al-Majmu’ Sharh Al-Muhadhab lil-Shirazi, Kaherah, Al-Matba’ah Al-Misriyyah
  3. Habib Ahmad (2004), Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation. Jeddah; Islamic Research and Training Institute, IDB
  4. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor. 2004. Kesan Bantuan Zakat Terhadap Kualiti Hidup : Kajian Kes Asnaf Fakir dan Miskin. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JMIFR) Vol. 1: 151–166.
  5. Rosbi Ab. Rahman, Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2008. Perlaksanaan bantuan modal zakat: Analisis Perbandingan. Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia. Kuala Lumput.
  6. Nurul Ilyana Muhd Adnan. 2015. Mikro Kredit Daripada Dana Zakat di Baitul Mal Acheh dan Potensi Pelaksanaanya di Institusi-Institusi Zakat di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.
  7. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani & Lokmanulhakim Hussain. 2015. Analisis Prinsip Qard dalam Pinjaman Tekun. Isu Syariah & Undang-undang Siri 21. Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  8. M.A Mannan (2007). New Frontier of Islamic Micro-Finance and Voluntary Sector Banking and Finance. Seminar Proceeding on National Conference in Islamic Finance 2007, Faculty of Business and Accountancy, University Darul Iman.
  9. Muhammad Anas Ibrahim. 2018. Pembiayaan Mikro dalam Kalangan Usahawan Asnaf di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Universiti Sains Malaysia
  10. Mustafa al-Zarqa’. 1987. Majallah majma’ al-fiqh al-islami. Jeddah: Majma’ Al-Fiqh Al-Islami.
  11. SME CORP 2017. Laporan Tahunan 2017, Kuala Lumpur.
  12. Shawki Ismail Shahatah (1989).”Limitations on the Use of Zakah Funds in Financing the Socio-Economic Infrastructure of Society.” dlm I.A Imtiazi et. al. sunt., Management of Zakah in Modern Muslim Society, Jeddah; Islamic Research and Training Institute.
  13. Temubual PZ 1 dilakukan di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Shah Alam pada tarikh 25 Februari 2019 jam 10.30 pagi.
  14. Temubual PZ 2 dilakukan di Kediaman beliau di Tanah Merah, Kelantan pada tarikh 23 Disember 2018 pada jam 9.20 malam.
  15. Temubual P2 3 dilakukan di Ibu Pejabat Pusat Pungutan Zakat MAIWP pda tarikh 28 Februari 2019 pada jam 11 pagi,
  16. Temubual PZ 4 dan 5 dilakukan di Pejabat Unit Agihan Majlis Agama Islam Melaka pada tarikh 23 Januari pada bermula pada jam 5.40 petang sehingga 7.05 malam.
  1. Patmawati Ibrahim 2011, Mengoptimakan Pembiayaan Dana Zakat Untuk Golongan Miskin dan Memerlukan, Trasnformasi Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif ms 365- 397.
  2. Hasan Baharom, Ahmad Jailani Sidek, Mohamed Azam Mohamed Adil Zakat Modal Perniagaan Asnaf Fakir dan Miskin: Analisis Terhadap Tahap Pencapaian (Bab 1) dalam Isu-isu Kontemporari Pentakrifan Asnaf disunt. Hajar bin Opir, Hasan Baharom, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) 2010. (pp 1- 36)
  3. Yusoff, S. A. 2016, January 21. Konflik Saudara Baru. Utusan Online. Kuala Lumpur. Retrieved from https://www.utusan.com.my/mega/agama/konflik-saudara-baharu-1.181880
  4. Yusof al Qaradhawi 1984 :45 , Athar al-Zakat fi Afrad wa al-Mujtama’, Majallat Majma’ Al-Fiqh Al-Islami.
  5. Zakaria Bahri 2011, Transformasi Fakir Miskin daripada Pnerima Zakat Saradiri Kepada Penerima Zakat Produktif, Trasnformasi Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif ms 331-363

Categories: Syariah

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *