Menu Home

APLIKASI TAKHRIJ HADITH TERHADAP HADITH MAWDU’ TETAPI MASYHUR YANG DISANDARKAN PADA AGAMA: TINJAUAN AWAL TERHADAP LAMAN SESAWANG RASMI MUFTI WILAYAH : IRSYAD AL-HADITH

Abstrak: Hadith atau dikenali juga sebagai al-Sunnah merupakan sumber hukum dan rujukan yang  penting selain al-Quran al-Karim terhadap umat Islam dalam segala aspek kehidupan dan juga sebagai panduan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru itu, takhrij hadith merupakan salah satu cabang ilmu yang penting dalam pengajian hadith yang bertujuan untuk menentukan keabsahan dan kesahihan sesuatu hadith dari sudut sanad dan matan hadith. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana aplikasi takhrij hadith dilakukan terhadap artikel-artikel yang mengandungi Hadith Mawdu’ Tetapi Masyhur Yang Disandarkan Pada Agama, yang terdapat dalam bahagian Irsyad al-Hadith, Laman Sesawang Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan iaitu  Zulkifli Bin Mohd Al-Bakri. Perkhidmatan Irsyad al-Hadith ini merangkumi 412 artikel berkaitan hadith yang mula diterbitkan sejak dari tahun 2015 sehingga kini. Tinjauan awal mendapati terdapat 62 hadith mawdu’ di dalam artikel-artikel ini yang disandarkan pada agama dan juga masyhur dalam kalangan masyarakat Islam khususnya. Secara keseluruhan, kajian yang dilakukan telah menunjukkan sumbangan baru dalam kajian takhrij hadith sebagai usaha pemurniaan hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W.

Rujukan

  1. Abdul Razak Muthalib. 2011. 40 Hadis Palsu Popular. Selangor.
  2. Ashriq Fahmy Ahmad, Zulhilmi Zainal. 2018. Bahana Hadis Palsu. https://www.utusan.com.my/rencana/utama/bahana-hadis-palsu-1.633814. Kuala Lumpur.
  3. Fadlan Mohd Othman, Mohd Fadhil Mohd Fauzi. 2013. Aplikasi Ilmu Takhrij Dalam Kitab Tafsir Melayu: Tinjauan Awal Terhadap Surah Al-Baqarah, Kitab Tafsir Nur Al-Ihsan Oleh Al-Shaykh Muhammad Said BinUmar. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  4. Fadlan Mohd Othman, Mohd Arif Nazri, Latifah Abdul Majid, Mazlan Ibrahim, Ahmad Munawwar Ismail. Mohd Arif Nazri. Haziyah Hussin. Sabri Mohamad. Nur Farhah Zainan Nazri. Hazman Hassan. 2012. Aplikasi Takhrij Hadith Pasca Siswazah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  5. Fadlan Mohd Othman, Mohd Fadhil Mohd Faudzi, Awira Abdul Aziz, Wan Nasyrudin Wan Abdullah. 2013. Aplikasi Takhrij Hadith Dalam Penulisan Ilmiah: Penyelerasan Di Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Agama Dan Media Cetak Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  6. Fadlan Mohd Othman. 2013. Hadith Maudhu’: Punca, Kesan Dan Penyelesaian. http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2013/06/perkongsian-tentan-hadith-palsu.html. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  7. Faisal Ahmad Shah. 2016. Kaedah Tepat Memahami Hadis. Universiti Malaya.
  8. Faisal Ahmad Shah. 2017. Hadis Daif Dan Palsu Realiti Pemakaiannya Di Malaysia. Universiti Malaya.
  9. Jamielatun Nur Raihan Jamani, Fadlan Mohd Othman. 2017. Kajian Takhrij Hadith Pascasiswazah Di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  10. Mustafar Mohd Suki. 2015. 40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur Yang Disandarkan Pada Agama. Selangor.
  11. Muhamad Asyraf Che Omar. 2015. Pentingnya Takhrij Dalam Penulisan Guna Hadis. http://www.sinarharian.com.my/sinar-islam/pentingnya-takhrij-dalam-penulisan-guna-hadis-1.435969. Kuala Lumpur.
  12. Siti Aniza Kamsari. 2009. Kepentingan Takhrij Hadis. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=
    1. 2009&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm. Kuala Lumpur.
  13. Zulkifli Mohd Al-Bakri. 2015. http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith. Kuala Lumpur.

Categories: Al-Quran Uncategorized

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *