Menu Home

PENGAMALAN MUALAF INDIA KETIKA MENZIARAHI UPACARA KEMATIAN KELUARGA BUKAN ISLAM

Abstrak: Setiap bangsa di dunia ini memiliki sistem budaya yang tersendiri, termasuklah amalan upacara kematian yang diamalkan. Budaya kematian setiap kaum adalah berbeza-beza untuk dipersembahkan kerana masing-masing berpegang kepada asas kepercayaan agama tersendiri. Islam melarang serta memberi amaran tegas supaya tidak melakukan perbuatan yang menyerupai agama lain dan bertentangan dengan syarak, Namun begitu larangan Islam tidak secara total, bahkan masih terdapat ruang-ruang yang dibenarkan untuk mualaf mengadakan perhubungan yang baik dengan ahli keluarga bukan Islam tetapi mestilah tidak melakukan perkara yang boleh merosakan akidah umat Islam.  Mualaf yang memiliki ahli keluarga bukan Islam sudah tentu berhadapan dengan keadaan yang berbeza sekiranya berlaku kematian kerana mereka terikat dengan syariat Islam. Justeru, kajian bertujuan menganalisis pengamalan mualaf dengan ahli keluarga bukan Islam sewaktu upacara pengebumian jenazah. Kajian ini analisis kandungan dan temu bual separa struktur bersama 15 orang mualaf India yang mengikuti pengajian di Kompleks Darul Hidayah. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati sebahagian mualaf sudah tidak terlibat dengan upacara kematian ahli keluarga bukan Islam, bahkan mereka sangat berhati-hati untuk terlibat secara langsung kerana bimbang akan melanggar batasan agama. Mereka terlibat dengan perkara yang asas didapati tidak melanggar syariat Islam iaitu seperti mengucap takziah, memberi sumbangan dan melayan tetamu. Namun terdapat juga mualaf yang masih terlibat dengan pengurusan upacara kematian secara langsung. Hal ini kerana faktor keluarga dan keinginan diri mualaf sendiri. Implikasi kajian menunjukkan mualaf dan juga keluarganya yang bukan beragama Islam perlu difahamkan tentang perkara-perkara dalam upacara pengkebumian jenazah non-Muslim yang haram dilakukan oleh orang Islam, ke arah kelangsungan hubungan kekeluargaan dan mewujudkan hubungan saling hormat menghormati antara mereka.

  1. al-Qur’ān Karīm
  2. cAbd Alah al-Sacdi al-Ghamidi, t.th. Taḥdhir al-Muslimin min al-Tasyabbuh bi al-Maghdu bi calaihim wa la’ al-           Ḍallin. t.t.p.: al-Kitabiyat al-Islamiah.
  3. al-Ashbahī, Malik bin Anas. 1994. al-Mudawwanah al-Kubrā. Beirut: Dār al-Kutub al-cIlmīyah.
  4. Ahmad Shalaby. 2001. Perbandingan Agama; Agama Islam. Singapura:  Pustaka Nasional.
  5. Ahmad Sunawari Long. 2009. Pengenalan Penyelidikan Islam. Bangi: UKM.
  6. Azarudin Bin Awang, 2015. Bentuk-Bentuk Hubungan Muslim- Non Muslim Selepas Pemelukan Agama: Kajian          Kes Dalam Kalangan Mualaf Cina Terengganu. Jurnal Kemanusiaan Bil.23.
  7. Bāisyin, Said Bin Muhammad. 2008. Syarh al-Muqadimah al-Hadramiyah. Lubnan: Dar Minhaj.
  8. al-Hāfiz, Ibn Rushd. 2004. Bidāyat al-Mujtahid wa Nihāyat al-Muqtaṣid. Kaherah: Dār al-Ḥadīth.
  9. http://www.e-cfr.org/fatwa/تشييع- جنازة الأقارب- غير- المسمين  Dilihat pada 05 Febuari 2019.
  10. Lam Yuen Yu, Joy. 2005. Religious Conversion and Reconstruction of Indentities: The Case of    Chinese Muslim       Convert in Malaysia. Singapore: Southeast Asian Studies Programme National University of Singapore.
  11. al-Maqdisī, Ibn Quḍāmah.1997. al-Mughnī. Riyadh: Dar Kutub Ilmu.
  12. M. Rajantheran & S. Manimaran. 1994. Perayaan Orang India. Selangor: Fajar Bakti.
  13. Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2017. Fiqah Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.                 Bhd.
  14. Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2017. Fiqh Ta’ayush Dalam Konteks Maqasid Syariah. Selangor: MustRead Sdn.    Bhd.
  15. Mohd Farhan Md Ariffin et al, 2014. Larangan Tasyabbuh Dan Aplikasinya Dalam Interaksi Sosial Dengan          Orang Bukan Islam Di Malaysia Masa Kini. Prosiding Pemikiran Islam IV, hlm. 72-81.
  16. al-Nawawī, Abu Zakarīyā. t.th. al-Majmūc Sharh al-Muhadhdhab. Beirut: Dār al-Fikr.
  17. Nazneen Binti Ismail et. al. 2018. Pendekatan Fiqh Ta’ayusy dalam Menangani Konflik Antara Agama. Jurnal              Islamiyyat 40 (2). 151-160.
  18. Noor Erma Azila Binti Pawzi, 2015. Aplikasi Terhadap Tingkah Laku Dalam Surah al-‘Araf Oleh Saudara Baru di        Hidayah Centre Foundation. Disertasi Master Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  19. Nur Azuki Yusuff. 2015. Isu dan Permasalahan Antara Agama di Malaysia Kini dan Jalan Penyelesaiannya.                 Kertas kerja dibentangkan dalam Kursus Perbandingan Agama, Anjuran Institut Kefahaman Islam    Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM), Terengganu, 12 Februari.
  20. Nurul Huda Che Abdullah, & Ramlee Mustapha, M. 2009. Kajian Kes Usahawan Tani Industri Kecil Sederhana           (IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2), 143-165.
  21. Razaleigh Muhamat@Kawangit & Salawati Saringat, 2014. Dakwah among Indian Mualaf in Malaysia.          Islamiyyat 36(2) (2014): 91 – 96.
  22. Ridzuan Tee Abdullah. 2012. Cabaran  Saudara Baru di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
  23. Siti Nurul Izza Hashim et.al. 2017. Kelangsungan Budaya Masyarakat Chetti Melaka Era               Globalisasi. Proceedings          2nd International Islamic Heritage Conference, hlm. 209-221.
  24. al-Suyūṭi, Jalāl al-Dīn c Abd al-Raḥmān. 2006. al-Ashbāh wa al-Naẓā’ir fi Qawācid wa Furūc al-Shāficiyyah.   Kaherah: Dār al-Salām.
  25. Syarul Azman Shaharuddin. 2017. Cabaran dan Permasalahan Mualaf dan Penyelesaiannya Oleh Hidayah Centre        Foundation (HCF). Prosiding Penyelidikan Sirah Nabawi Isra’ KUIS.
  26. al-Uthmānī, Muhammad bin Abdul Rahman. 2012. Rahmātūl Ummah fi Ikhtīlāf al-Acimah. Beirut: Dār al-Kutub           al-cilmīyah.
  27. Wahbah al-Zuhayli. 1997. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Damsyiq: Dar al-Fikr.
  28. Zawiah Ahmad & Suziana Che Wil. 2005. Budaya Masyarakat India. Malaysia: Caberawet Publishing Sdn. Bhd.
  29. Zulkifli Mohd al-Bakri. 2016. Irsyad al-Fatwa #151: Hukum Menghadiri Majlis Pengebumian Bukan Islam.         https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1422-irsyad-al-fatwa-siri-ke-151-  hukum-menghadiri-majlis-pengebumian-bukan-muslim. [28 November 2016].

Categories: Syariah

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *