Menu Home

PENGUASAAN HUKUM TAJWID DALAM KALANGAN MAHASISWA DAN MAHASISWI UNIVERSITI

Abstrak: Isu penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan mahasiswa/i kini semakin membimbangkan. Hal ini disebabkan golongan mahasiswa/i ini masih sukar untuk mengamalkan bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul, sedangkan mereka sudah mendapat pendedahan ilmu tajwid sejak kecil lagi. Tujuan kajian ini ialah untuk mengukur tahap penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan mahasiswa/i. Kajian ini adalah kajian kualitatif di mana pemerhatian ujian lisan telah dilakukan berasaskan instrumen senarai semak berdasarkan teori ilmu tajwid dan dengan membuat rakaman bacaan responden bagi mengenal jenis dan kategori kesilapan yang dilakukan. Kajian ini memfokuskan kepada hukum nun mati dan tanwin yang merupakan hukum asas tajwid. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan mahasiswa/i kejuruteraan USM adalah di tahap sederhana di mana majoriti daripada responden melakukan kesalahan dalam bacaan surah al-Furqan ayat 1-11. Jumlah mahasiswa/i yang mendapat gred D+ dan E adalah seramai 3 dan 5 orang daripada jumlah responden seramai 19 orang. Sikap mahasiswa/i itu sendiri merupakan punca mereka tidak mahir tajwid di mana mereka malas untuk mencari dan mempelajari ilmu tajwid sehingga mereka lupa hukum tajwid yang sudah diajar dan membaca al-Quran tanpa mempedulikan hukum tajwid. Semua pihak termasuklah ibu bapa, guru dan mahasiswa/i itu sendiri hendaklah berusaha untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan hukum tajwid di kalangan mahasiswa/i agar mereka bukan sahaja boleh membaca al-Quran secara tartil malah boleh mentadabbur ayat-ayat yang telah dibaca.

Rujukan

  1. Abdul Hafiz Abdullah & Hasimah Muda (2004). Tajwid Al-Quran. Skudai: Pusat
  2. Abu Mardhiah. 2004. Tajwid al-Quran. Kuala Lumpur : Al-Jenderaki Enterprise.
  3. Ahmad Muhammad Muhammad Mu’abbad (2016). Panduan Lengkap Ilmu Tajwid. Selangor: Pustaka Al-Ehsan.
  4. Ahmad Rozaini Ali Hasan, Shadli Sabarudin & Che Bakar Che Mat. 2010. Projek Penyelidikan Dana Kecemerlangan Kategori C tahap penguasaan bacaan al-quran di kalangan pelajar-pelajar UiTM Sarawak. Kota Samarahan: Pusat Pemahaman dan Pemikiran Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara.
  5. Azarudin Awang, Azman Che Mat & Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub. 2011. Tahap pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar di UiTM Terengganu. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 3(2), 83-100.
  6. Azarudin Awang, Azman Che Mat & Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub. 2011. Tahap pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar di UiTM Terengganu. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 3(2), 83-100.
  7. Azmil Hashim dan Jahidih Saili. 2015. Hubungan antara tahap kemahiran al-quran guru dan pencapaian tajwid al-quran pelajar KKQ di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tinta Artikulasi Membina Ummah 1(1), 144-15.
  8. Haji ‘Abdul Qadir Leong. 2015. Tajwid Al-Quran Rasm ‘Uthmani. Selangor: I-Press SDN BHD.
  9. Hussaini Amran. 2013. Ramai buta huruf al- Quran : Utusan Online, 4 Januari : 13
    1. Melalui Toriq Asy-Syatibiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
  10. Mohd Aderi Che Noh, 2009. Amalan pengajaran tilawah al-quran: satu tinjauan terhadap persepsi guru di sekolah menengah harian Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 1 (1) 57-72.
  11. Mohd Khairulazman Bin Hj Abu Bakar & Azman bin Che Mat. 2015. Profil demografi pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dalam pembacaan al-Quran. Academia Journal UiTMT. Vol. (4) Issue 2 2015.
  12. Muhammad Nazir Mohammed Khalid (2013). Belajar Tajwid Dengan Berkesan. Selangor. Karya Bestari Sdn. Bhd.
    1. Online Journal of Islamic Education, 3(2), 1-9.
    1. Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia.
  13. Siti Fatimah Sudin dan Nafisiah Abdul Rahman. 2005. Keperluan kursus kemahiran membaca al-Quran di IPT: Kajian di UiTM Shah Alam. Jurnal Center for Islamic Thought and Understanding 1(2): 133-152.
  14. Siti Fatimah Sudin. 2002. Pembacaan al-Quran di kalangan mahasiswa melayu: suatu kajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Tesis Master Universiti Malaya.
  15. Surul Shahbudin Hassan & Muhammad Azhar Zailani. 2015. Bentuk-bentuk kesalahan bacaan al-Quran pelajar di sebuah IPTA. The      
  16. Surur Shihabuddin An-Nadawi (2010). Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim  

Categories: Al-Quran

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *