Menu Home

AMALAN TALAQQI DAN MUSHAFAHAH DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SJKC

Tilawah al-Quran merupakan bidang utama dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah. Bidang yang menitikberatkan pembacaan ayat-ayat al-Quran dalam ayat bacaan, kefahaman atau hafazan. Peranan guru penting sebagai pendidik dan pembimbing dalam melaksanakan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Artikel ini adalah hasil dapatan kajian pelaksanaan amalan talaqqi dan mushafahah dalam pengajaran guru pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kajian kualitatif ini melihat sejauhmana kaedah talaqqi dan musyafahah digunakan semasa sesi PdPc. Seramai enam orang guru pendidikan Islam dari enam buah SJKC dipilih sebagai responden kajian ini. Data diperolehi melalui analisis dokumen dan pemerhatian semasa PdPc. Dapatan menunjukkan semua responden bersepakat dengan keberkesanan kaedah talaqqi dan musyafahah. Namun berdasarkan pemerhatian semasa PdPc, kaedah talaqqi dan musyafahah tidak diamalkan secara menyeluruh kerana kaedah tasmik lebih diutamakan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi sumber untuk peningkatan kualiti PdPc bidang tilawah al-Quran kerana kaedah ini telah dipelopori sejak penerimaan wahyu pertama oleh Rasulullah SAW melalui perantaraan Jibril AS

Rujukan

  1. Amal Hayati Md. Noor, Ab. Halim Tamuri, Ahmad Munawar Ismail, & Mohd Izzuddin Mohd Pisol. Penilaian Guru terhadap Pelaksanaan Model-Model Tilawah al-Quran Program j-QAF 2013
  2. Ashraf Ismail, Ab. Halim Tamuri & Nurul Hudaa Hassan. 2019. Pelaksanaan amalan talaqqi dan mushafahah dalam kalangan pensyarah tahfiz al-Quran di Malaysia. Islamiyyat Journal 2019.
  3. Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Aderi Che Noh. Sejarah, kaedah, serta model pengajaran dan pembelajaran al-quran (history, methods, and models of teaching and learning of the quran). Fakulty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2013
  4. Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. Sifat dan Peranan Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan Hubungannya Dengan Motivasi Pelajar 2009.
  5. Misnan Jemali, Azmil Hashim & Ab. Halim Tamuri. Latar belakang guru tahfiz dan amalan kaedah pengajaran tahfiz al-quran di Malaysia. 2013
  6. Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Azmil Hashim & Kamarulzaman Abd GhaniMohd Izzuddin. Kesediaan guru dalam pengajaran model tasmik program j-qaf. 2015.
  7. Muhamad Zahiri Awang Mat, Siti Salwa Md Sawari, Aziroh Puteh & Nur Farhie Syazreen Zubir. Identifikasi kesan kaedah pintas iqra terhadap tahap penguasaan huruf hijayiyyah dalam kalangan murid sekolah kebangsaan di Malaysia. 2016.
  8. Norsyida Md Zin, Sedek Ariffin & Norhidayah Yusoff. Keberkesanan teknik Iqra’ dan Al-Baghdadi: Suatu perbandingan. Jurnal Usuluddin 2014
  9. Paharudin Arbain, Misnan Jemali, Ibrahim Hashim & Azmil Hashim. Persepsi murid terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran guru dan hubungannya dengan pencapaian murid dalam tilawah al-quran program j-qaf. . 2014
  10. Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Nor Salimah Abu Mansor & Zulkifli A. Manaf. Pelaksanaan Manhaj Rasulullah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelas al-Quran Bagi Golongan Dewasa 2011
  11. Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf & Abdul Fatah Shaharudin. Pendidikan menurut al-Quran dan sunnah serta peranannya dalam memperkasakan tamadun ummah. 2012

Categories: USHULUDDIN

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *