Menu Home

TAHAP PEMAHAMAN DAN PENGGUNAAN MASDAR SARIH DAN MASDAR MU’AWWAL DALAM KALANGAN PELAJAR PRA-SISWAZAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



Abstrak- Berdasarkan dapatan kajian-kajian yang lepas, ramai pelajar di peringkat menengah yang masih lagi tidak memahami beberapa perkara berkaitan masdar. Antara kefahaman berkaitan dengan masdar yang perlu diketahui ialah berkaitan masdar sarih dan masdar mu’awwal. Kajian ini adalah untuk menganalpasti perbezaan antara masdar sarih dan masdar mu’awwal. Kajian juga akan menganalisis tahap kebolehan pelajar pra-siswazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam membezakan pola masdar sarih dan masdar muawwal dan seterusnya untuk menganalisis tahap pemahaman dan penggunaan masdar sarih dan masdar muawwal dalam kalangan pelajar tersebut. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang dianalisis secara deskriptif. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 220 orang pelajar daripada pelajar pra-siswazah tahun satu Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan ujian bertulis. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Program Social Science (SPSS) versi 18. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebolehan pelajar dalam membezakan pola masdar sarih dan masdar mu’awwal adalah sangat baik. Manakala tahap pemahaman dan penggunaan masdar sarih dan masdar mu’awwal oleh pelajar lemah. Secara keseluruhannya hasil kajian ini menunjukkan pelajar mempunyai masalah dalam memahami dan menggunakan masdar sarih dan masdar mu’awwal. Hasil daripada kajian ini diharap dapat memberikan manfaat dan panduan kepada guru sekolah menengah untuk meningkatkan pemahaman dan penggunaan masdar sarih dan masdar mu’awwal bagi pelajar, dan juga diharap dapat membantu pensyarah untuk meningkatkan pemahaman dan penggunaan masdar sarih dan masdar mu’awwal dalam kalangan pelajar pra-siswazah di peringkat institusi pengajian tinggi.

Rujukan

  1. Al-Quran
  2. Akmarina Binti Mohd Salwai.2013. Masdar sarih dan masdar muawwal: Analisis bandingan kekerapan dalam surah al-Baqarah ayat 1-100. Desertasi Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.
  3. Al-Ghalayiniy, Mustafa, 1991. Jami’ al-Durus al-‘Arabiyyat. Cetakan kedua puluh tiga. Beirut : Al-Maktabat al-Asriyyat.
  4. Al-Fadhli, Abd al-Hadya. Mukhtasor al-Sarf. Beirut : Daru al-Qalam.
  5. An-Nabi, Mahmod, Ali, 2004. Alkamil pi an-Nahwi wa as-Sarf. Cetakan pertama. Al – qahirah: Daru al-Fikri al-‘Arabiy.
  6. Arikunto, S. 2002. Prosedur Suatu Penelitian: Pendekatan Praktek. Edisi Revisi kelima. Penerbit Rineka Cipta. Jakarata.
  7. Azlan Abd.Rahman, 2007.Masdar Bahasa Arab:fungsi dan penggunaan.Taman Serdang Raya:LOHPRINT SDN. BHD.
  8. Qabawah, Fakhr al-Din, 1988. Tasrif al-asma’ wa al-Af’al. Cetakan kedua. Beirut: Maktabat al-Ma’arif.
  9. Wan Ilyani binti Wan Abdullah, 2005. Pengaplikasian Masdar dalam bidang penulisan dikalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Categories: BAHASA ARAB DAN TAMADUN

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *