Menu Home

TAHAP DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN JAWI DIKALANGAN MURID TAHUN ENAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG

Abstrak- Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap serta faktor yang mempengaruhi penguasaan jawi di kalangan murid tahun enam berikutan daripada kemerosotan pencapaian jawi di dalam mata pelajaran pendidikan Islam antaranya ujian penguasaan Jawi dari segi menulis, mengeja, soalan aneka pilihan, dan menulis ayat al-Quran. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan jawi, faktor penguasaan jawi di kalangan, dan mengenalpasti perbezaan antara jantina dengan faktor penguasaan jawi. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif survey dan sampel kajian yang terpilih  adalah seramai 72 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Duyong Melaka. Instrumentasi kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Data yang diperolehi dalam bentuk kuantiatif ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi (t-test) bagi menguji null hipotesis (ho) kajian. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina murid dengan faktor penguasaan jawi. Secara kesimpulan, kajian ini berhasrat untuk mengangkat sistem pendidikan dalam memartabatkan jawi di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Rujukan

  1. Abdullah Ali Hassan. (1980). The development of Islamic Education in Kelantan dalam Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: United Selangor.
  2. Abdul Ghafar, M. N. (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Universiti Teknologi  Malaysia.
  3. Hamed, Z. (2000). “Teknik Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan”. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
  4. Norhawati Salimuddin (2000).”Penyelidikan Pendidikan”. Edisi Pertama. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
  5. Shazana Muhamed Sa’ad (2009). “Kesan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Di Kolej Komuniti Gerik.” Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
  6. Syed Naquib al-Attas (1990). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.
  7. Wiersma, M.W. (1995). ”Research Methodology In Education”. 5th ed. New York:Printice Hall.

Categories: Al-Quran Uncategorized

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *