Menu Home

PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAMIAH DI INSTITUSI PONDOK DI NEGERI KEDAH

Abstrak- Dakwah Islamiah di tanah Melayu berkembang secara aman tanpa berlaku peperangan atau pertumpahan darah seperti di tanah Arab, Parsi dan lain-lain. Perkembangan dakwah Islamiah yang berlaku dalam masyarakat Melayu khususnya di negeri Kedah dilihat telah didasari dengan pendidikan Islam yang efektif seperti institusi pondok sehingga kesan kewujudannya mampu mempengaruhi budaya masyarakat setempat. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji perkembangan dakwah Islamiah di institusi pondok. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan perkembangan dakwah Islamiah di institusi pondok telah memainkan peranan dakwah Islamiah melalui dakwah bil-maqal seperti pendidikan kepada masyarakat di segenap peringkat. Pembelajaran subjek utama seperti tauhid, fiqah dan tasawuf telah menjadi silibus yang wajib dipelajari di pondok disamping subjek fardu kifayah seperti nahu, sorof, tafsir, hadis, tajwid,  mantik dan lain-lain. Pondok juga menjadi medium dakwah bil-hal melalui program-program kemasyarakatan. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa perkembangan dakwah Islamiah yang didasari dengan pendidikan akan menjadikan masyarakat memahami Islam secara holistik dan mampu melahirkan generasi yang benar-benar kukuh dengan pegangan Islam.

Rujukan

  1. Abdullah Ishak.1987. Ke Arah Mengembalikan Identiti Pengajian Pondok di Malaysia. Tesis Dr. Fal, Jabatan Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

  • Abdul Manaf Saad. 2019. Persatuan Ulama’ Kedah, Amar Ma’aruf Nahil Munkar: Menelusuri Kegiatan Membela Tanah Air dan

Agama, 1946-1957. Dlm. Farid Mat Zain, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad & Noorsafuan Che Noh (pnyt). Islam, Patriotisme &

Kemerdekaan Malaysia. hlm. 16-60. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Berhanundin Abdullah. 2018. Ulama dalam Perjuangan Tanah Air. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Faudzinaim Badaruddin. 2007. Pendidikan Pondok dan Peranannya di Tanah Melayu Abad ke-19 Masehi. Dlm. Farid Mat Zain

(pnyt). Islam di Tanah Melayu Abad ke-19. hlm. 115-128. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

  • Mustaffa Mahmud. 2018. Persatuan Ulama Kedah. Pokok Sena. Persatuan Ulama Kedah.         
  • Niamat Yusoff. 1996. Sejarah dan Perjuangan Ulama Kedah Darul Aman: Suatu Muqaddimah. Dlm. H. Md. Noor Salleh. Biografi

Ulama Kedah Darul Aman. hlm. 1-15. Lembaga Muzium Kedah Darul Aman

  • Noornajihan Jaafar, Zulkiple Abd Ghani, Siti Rugayah Hj Tibek, Amir Husin Mohd Nor, Setiyawan Gunardi, Noor Azizi Ismail,

Ramiaida Darmi, Noor Saazai Mat Saad, Mohd Muzhafar Idrus, Hazlina Abdullah, Maziahtusima Ishak, Hayati Ismail & Adibah Sulaiman. 2018. Cabaran Institusi Pendidikan Pondok Serta Impak Terhadap Pembentukan Diri Pelajar. Journal of Islamic, Social, Economics and Development Volume: 2 Issue: 6 [7 Januari 2018]

  • Samsu Adabi Mamat. 2007. Kedudukan dan Peranan Ulama Melayu Abad ke-19. Dlm. Farid Mat Zain (pnyt). Islam di Tanah Melayu

Abad ke-19. hlm. 95-114. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

  • Suhanim Abdullah. 2014. Pemikiran Tokoh Ulama Banjar Kedah. Batu Pahat. Penerbitan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  • Wan Shamsudin Mohd Yusof. 1998. Pertapakan dan Penyebaran Islam di Negeri Kedah. Dlm. Md. Noor Salleh & Abdul Halim

Salleh (pnyt). Islam di Kedah Darul Aman. hlm. 1-5. Alor Setar. Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.

  1. Zahidi Zainol Rashid. 1998. Sejarah Sekolah Pondok di Kedah. Dlm. Md. Noor Salleh & Abdul Halim Salleh (pnyt). Islam di Kedah

Darul Aman. hlm. 108-111. Alor Setar. Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.

Categories: Uncategorized

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *