Menu Home

POLITIK DAN KEMAJUAN KHULAFA’ ZAMAN UMAYYAH DAN ABBASIYAH

Abstrak Sejarah telah membuktikan bahawa sistem pemerintahan Islam yang berlangsung sejak zaman Baginda Rasulullah SAW dan awal pada zaman para sahabatnya atau zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin telah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan umat Islam dan penduduk bukan Islam yang berada di bawah pimpinan mereka. Tujuan artikel ini adalah pengkaji akan memberikan gambaran umum tentang bagaimana politik zaman Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan kemajuan-kemajuannya pada masa itu. Hal ini penting supaya kajian ini dapat dijadikan panduan demi mewujudkan perpaduan yang berkekalan dalam kalangan rakyat dan warganegara beragama Islam dan bukan beragama Islam. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif dengan metode kepustakaan (library research) iaitu analisis buku, jurnal, artikel dan lain-lainnya yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa Politik zaman Khulafa’Bani Umayyah berlangsung selama 90 tahun dengan diterajui oleh 14 orang khalifah. Beliau mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Khalifah Ali bin Abi Talib r.a, selepas berlakunya peperangan Siffin antara tentera beliau dengan tentera Ali. Muawiyyah, yang pada waktu itu gabenor Syam (Syria), enggan tunduk di bawah kekuasaan Khilafah Ali r.a. yang berpusat di Madinah. Seterusnya politik zaman Abbasiyyah, kekuasaan Khulafa’ Abbasiyyah yang mengambil masa 508 tahun, itu melibatkan pemerintah 35 orang khalifah. Khalifahnya yang pertama ialah Abu Abbas as-Saffah. Selama berkuasa, Kerajaan Bani Abbasiyyah tidak meluaskan kekuasaan politik, sebaliknya lebih berusaha untuk mengembangkan sains Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, terutamanya sains sosial dan sains semula jadi. Pada zaman inilah lahirnya ahli-ahli falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali dan Ibn Rusyd. Manakala kemajuan-kemajuan di zaman bani Umayyah dan Abbasiyyah ialah, penyebaran Islam, ketenteraan dan pendidikan.

Rujukan

  1. Ajid Thohir. 2004. Perkembangan Peradaban di Kawasan Dunia Islam: Melacak Akar-akar Sejarah, Sosial, Politik, dan Budaya Umat Islam. Jakarta : Grafindo.
  2. A.Najili Aminullah. Dinasti Bani Abassiyah, Politik, Peradaban Dan Intelektual. T.tn.
  3. Harun Nasution. 1999. Islam ditinjau dari berbagai Aspeknya. Jakarta : UI-Press.
  4. Jaih Mubarok. 2005. Sejarah Peradaban Islam. Bandung: Bani Quraisy.
  5. Munir Amin, Samsul. 2009. Sejarah Peradapan Islam. Jakarta : AMZAH.
  6. Ratu Suntiah, Maslani. 2010. Sejarah Peradaban Islam. Bandun: CV. Insan Mandiri.
  7. Syalabi. 1995. Sejarah dan Kebudayaan Islam 2. Jakarta : PT. Al Husna Zikra.
  8. Taufik Rachman. 2018. Bani Umayyah Dilihat dari Tiga Fase (Fase Terbentuk, Kejayaan dan Kemunduran) JUSPI: Jurnal Sejarah Peradaban Islam Vol. 2 No. 1.
  9. Yahya Jusoh. 2014. Sejarah Falsafah Politik Dalam Islam. Johor Baharu Malaysia: Penerbit UTM Press.
  10. Yazid Haji Maarof, Mohamad Kamil Ab Majid. 2019. Politik Perspektif Islam (Siyasah Syar’iyyah. Kuala Lumpur: ITBM (Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

 

Categories: Al-Quran

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *