Menu Home

KEFAHAMAN BANDUAN MUDA TERHADAP IBADAT SOLAT DI SEKOLAH INTEGRITI, JABATAN PENJARA MALAYSIA

Abstrak  Kefahaman yang baik terhadap konsep asas solat seperti definisi, hukum, bilangan, waktu, rukun, syarat wajib, syarat sah dan perkara membatalkan solat mampu mendorong umat Islam melaksanakan ibadat solat dengan sempurna. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kefahaman terhadap konsep asas solat dalam kalangan banduan muda di Sekolah Integriti. Kajian ini dijalankan di dua buah Sekolah Integriti iaitu di Sekolah Integriti Sungai Petani, Penjara Sungai Petani, Kedah dan Sekolah Integriti Puncak Alam, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor. Seramai 160 orang banduan muda beragama Islam yang berumur 15-21 tahun dan sedang mengikuti pembelajaran secara formal di Sekolah Integriti telah dipilih sebagai responden kajian. Setelah data diperoleh, pengkaji telah menganalisisnya menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Kajian berbentuk deskriptif ini mengukur min, mod, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai. Nilai darjah kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) bagi tahap kefahaman banduan muda terhadap konsep asas solat ialah .759 dengan nilai skor min sebanyak (Min=4.5107, SD=0.32982). Nilai skor min bagi kefahaman banduan muda terhadap konsep asas solat di Sekolah Integriti Sungai Petani ialah (Min=4.5128, SD=0.30080) pada tahap sangat tinggi. Manakala nilai skor min bagi kefahaman banduan muda terhadap konsep asas solat di Sekolah Integriti Puncak Alam adalah (Min=4.5043, SD=0.36151) juga pada tahap sangat tinggi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tiga item mencatatkan nilai min tertinggi iaitu item no.5 “Ibadat solat wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam” (Min=4.89, SD=0.365), kedua tertinggi iaitu item no.3 “Solat difardukan sebanyak lima waktu sehari semalam” (Min=4.82, SD=0.456) dan ketiga tertinggi iaitu item no.9 “Membaca surah al-Fatihah termasuk perkara rukun solat”(Min=4.75,SD=0.560). Hasil dapatan kajian keseluruhannya mendapati bahawa kefahaman banduan muda terhadap konsep asas solat di Sekolah Integriti Sungai Petani dan Sekolah Integriti Puncak Alam adalah pada tahap sangat tinggi. 

                 

Rujukan

  1. Al-Quran dan Terjemahannya. 2007. Pustaka Darul Iman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
  2. Abdul Ghafar bin Don & Khazri bin Osman (Pensyarah di Jabatan Dakwah UKM) Pengesahan Instrumen Kajian.
  3. Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2017. Kaedah Penyelidikan Sosial daripada Perspektif Penyelidikan Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi.
  4. Akta Penjara 1995 (Tafsiran kepada Seksyen 2).
  5. Azizi Yahaya & Jesmin Abd.Wahab. 2008. Keberkesanan Program-Program Pemulihan Tingkah Laku di Taman Seri Putri Batu Gajah dan Kompleks Dar-Assa’adah.
  6. Buku Pengurusan Sekolah Integriti Puncak Alam.  Pusat Koreksional Puncak Alam.2019.
  7. Buku Pengurusan Sekolah Integriti Sungai Petani. Penjara Sungai Petani. 2019.
  8. Darussalam Budin. 2014. Pendidikan Juvana di Jabatan Penjara Malaysia: Dasar, Hala Tuju, Pelaksanaan dan Cabaran. Jurnal Hadhari 6 (1): 87-104.
  9. Hasna Bidin, Ahmad Syukran Baharuddin & Mohd Ismail Mustari. 2015. Kefahaman Ibadat Solat Fardu dalam Kalangan Pelajar Muslim: Kajian Tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Sains Humanika 5:3.
  10. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan Ed. Ke-3.
  11. Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Hadenan Towpek & Nurul Husna Mansor. 2015. Program Koreksi Berasaskan Islam Sebagai Medium Dakwah kepada Banduan di Penjara Kajang. Al-Hikmah 7(2):3-22.
  12. Mohamad Shafiee bin Wahab.2004. Kefahaman dan Pengamalan Solat Fardu Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Petaling (1) Kuala Lumpur.  Disertasi Sarjana Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.
  13. Nik Yusri Musa. 2016. Ensiklopedia Solat A-Z tentang Solat. Galeri Ilmu Sdn Bhd.
  14. N.K. Tharshini & Fauziah Ibrahim. 2018. Analisis Trend bagi Pesalah Muda yang telah Menjalani Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat di Malaysia.  Jurnal Psikologi Malaysia 32 (1).
  15. Noor Hafizah bt. Mohd Haridi & Fakhrul Adabi b. Abd. Kadir. 2011. Program Agama di Institusi Pemulihan Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): Analisis Pelaksanaan. Jurnal Kemanusiaan (23):1-22.
  16. Nor Azira binti Yusoff. 2008. Hubungkait antara Pengabaian Solat dengan Buruk Laku Individu: Kajian di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
  17. Pamplet Program Pembangunan Insan (PPI), Bahagian Pengurusan Banduan, Seksyen Pemulihan dan Rawatan. IPPM Kajang, Selangor.
  18. Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia , “Sekolah Integriti / Sekolah Henry Gurney”, dicapai pada 5 September 2019, https://www.moe.gov.my/index.php/my/pendidikan-khas/sekolah-integriti-dan-sekolah-henry-gurney
  19. Sahlawati Abu Bakar, Nurzatil Ismah binti Azizan, Nazneen Ismail, Zanariah Dimon &                Nurul Husna Mohd Jabar. 2016. Kaedah Menangani Masalah Sosial di Pusat Perlindungan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS): Analisa Pendekatan Al-Quran. International Conference on Aqidah, Dakwah and Syariah 2016 (IRSYAD 2016):620-647.
  20. Sharifah Norshah Bani & Zulkifli Haji Mohd Yusoff. 2008. Perubahan Personaliti Kesan Uslub Tabshir dan Indhar: Kajian Kes di Sekolah Henry Gurney (SHG).
  21. Siti Jamiaah Abdul Jalil, Yusmini Md Yusoff, Rozmi Ismail. 2016. Peranan Program Keagamaan Terhadap Pemulihan Konsep Kendiri Banduan Wanita di Malaysia. Afkar Vol.18 Issue 2.
  22. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994: Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  23. Zaizul bin Ab. Rahman, Ab. Aziz Mohd Zain, Fakhrul Adabi Abdul Kadir & Norrodzoh Hj. Siren. 2011. Program Pemulihan Insan dalam kalangan Banduan Melayu di Penjara Sungai Udang. International Conference on Islamic Civilization and Malay Identity (ICICMI):164-189.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

Categories: Syariah

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *