Menu Home

PENDEKATAN DAKWAH BELIA PERMOTORAN ALTERNATIVE RIDING CLUB (ARC) DI MALAYSIA

Abstrak Alternative Riding Club (ARC) merupakan sebuah kelab permotoran yang ditubuhkan dibawah Department of Culture and Sport (DACS) atau lebih dikenali sebagai Jabataan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan. Menurut Hamizah Hanafi (2011) ia adalah satu kaedah Pas dalam mendekati dan mentarbiyah belia permotoran sesuai dengan minat mereka. Walaupun sukar untuk mendekati golongan belia permotoran kerana aktiviti mereka agak lasak, ianya bukanlah penghalang untuk Alternative Riding Club (ARC) untuk memberi bimbingan dan menyampaikan dakwah kepada golongan ini. Golongan belia harus diberi penekanan kerana belia adalah aset Negara dan menjadi tunggak pembangunan masa depan negara. Walau bagaimanapun dengan berlakunya pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan belia di negara ini, usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju berwawasan pastinya menjadi sukar. Kewujudan kelab permotoran Alternative Riding Club (ARC) sedikit sebanyak membantu mengawal belia permotoran yang semakin hari semakin membimbangkan. Ini kerana matlamat penubuhanya adalah untuk menghimpunkan penunggang motorsikal didalam satu jamaah untuk memenuhi tuntutan riadah, ukhwah dan kebajikan yang berlandaskan syariat Islam seterusnya menyebarkan dakwah kepada masarakat. Kajian ini bertujuan mengenalpasti model dakwah yang digunakan oleh Alternative Riding Club (ARC) Selangor. Untuk mendapat maklumat beberapa temubual dilajalankan kepada golongan penggerak dan ahli-ahli untuk mengetahui metode yang digunakan oleh Alternative Riding Club (ARC) Selangor dalam mentarbiah golongan anak muda bermotorsikal ini. Kajian ini mengenalpasti sejauhmana kefahaman dan penghayatan ahli Alternative Riding Club (ARC) terhadap Islam, mengkaji metode dakwah yang berkesan kepada ahli Alternative Riding Club (ARC), menganalisis punca-punca penolakan terhadap penyampaian Islam dan akhir sekali membina model dakwah yang bersesuai dengan ahli Alternative Riding Club (ARC) Selangor.

Rujukan

  1. Afnan Hamimi Taib Bin Azamuddin.2019, Oktober 25. TTS Medan Ahli Bertemu dan Laksana Agenda Arc.Harakah Daily. Kuala Lumpur. Retrieved from https://harakahdaily.net/index.php/2019/10/25/tts-medan-ahli-bertemu-laksana-agenda-arc/
  2. Fariza Md Sham. 2016. Jurnal Hadhari. Pendekatn Psikologi Dakwah Dalam Menangani Remaja Berisiko. Fokus Pendekatan Bimbingan Jiwa.
  3. Hamizah Hanafi. 2011, Januari 10. ARC Alternative Riding Club. Retreved from http://serambidakwah.blogspot.com/2011/01/arc-alternative-riding-club.html
  4. Mohd Mursyid Arsyad, Ismi Arif Ismail, Turiman Suandi, Steven Eric Krauss. t.th. Malaysian Journal of Youth Studies. Penglibatan Belia dalam Fenomena Mat Rempit : Implikasi Terhadap Praktis Pembagunan Belia Malaysia
  5. Muhammad Akmal Abdul Rahman.2019, Oktober 25. TTS Medan Ahli Bertemu dan Laksana Agenda Arc. Harakah Daily. Kuala Lumpur. Retrieved from https://harakahdaily.net/index.php/2019/10/25/tts-medan-ahli-bertemu-laksana-agenda-arc/
  6. Muhammad Fawwaz Md Jan. 2019, Oktober 25. TTS Medan Ahli Bertemu dan Laksana Agenda Arc.Harakah Daily. Kuala Lumpur. Retrieved from https://harakahdaily.net/index.php/2019/10/25/tts-medan-ahli-bertemu-laksana-agenda-arc/
  7. Muhammad Fuad Abdul Karim, Rokiah Ismail, Mohamad Fauzi Sukimi. 2009. Sub Budaya Mat Rempit dan Perubahan Sosiobudaya. Geografi Online TM Malaysia Journal Of Society and Space 5 issue 3
  8. Rohana Tan, Norhasni Zainal Abiddin, Azimi Hamzah, Fathiyah Mohd Fakhruddin. 2013. UKM Journal Articcle Repository. Pengaruh Faktor Psikologi Ke Atas Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Belia Pengajian Tinggi Awam Terpilih Di Malaysia. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/6795/
  9. Rohana Tan, Norhasni Zainal Abiddin, Fathiyah Mohd. 2013, Jurnal Personalia Pelajar 16. Pengaruh Faktor Psikososial ke Atas Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Belia Institusi Pengajian Tinggi Awam Terpilih Di Malaysia. Retrieved from http://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2015/06/Jurnal-Personalia-Pelajar-7-Rohana-Tan.pdf
  10. Rozmi Ismail, 2004. Oktober 5 Gejala Perlumbaan Motosikal Haram Dikalangan Remaja : Peranan Keluarga dan Masyarakat Dalam Menagani Gejala ini.Prosiding Seminar Kebangsaan Ke-3 Psikologi dan Masyarakat. Pusat Teknologi Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
  11. Rozmi Ismail. 2005. Remaja dan lumba motorsikal haram. Dalam Realiti Generasi Muda: Melangkah Kehadapan, ed. Rohany Nasir, Hazita Azman, Ruzy Suliza Hashim, Mohd Yusof Abdullah, dan Rozmi Ismail, pp. 315-325. Putrajaya: Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia
  12. Samsudin A. Rahim. 2007. Generasi belia: Satu cetusan pandangan. Putrajaya: Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia
  13. Sharin Hashim. Nur AfzanMohamad. Maznah Ali. 2015. Jurnal Anti Dadah Malaysia. Faktor Risiko Belia Terlibat Dalam Penyalahgunaan Dadah dan Cadangan Penyelesaian Menerusi Model Pembagunan Belia Muslim Terpimpin. Universiti Teknologi Malaysia.
  14. Zulkifley Hamid. Muammar Ghaddafi Hanafiah. 2016. Malaysia Journal of Society and Space. Pemikiran belia Malaysia : Pengaruh Umur, Etnisiti dan Status Ekonomi.

Categories: Dakwah dan Kepimpinan

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *