Menu Home

TAHAP KEFAHAMAN BERKAITAN HUKUM HAKAM PENYUSUAN ANAK SUSUAN DI SELANGOR

Abstrak Amalan penyusuan oleh ibu susuan bukan sahaja memberi kesan terhadap anak susuan tetapi juga mempunyai implikasi terhadap hukum yang telah ditetapkan oleh syarak, termasuklah bagi memastikan amalan penyusuan tersebut bertepatan dengan tuntutan maqasid syariah hifz an-nasl atau pemeliharaan keturunan. Oleh itu, kefahaman masyarakat khususnya ibu susuan terhadap hukum dan implikasi penyusuan perlu diteliti dengan lebih mendalam agar proses penyusuan bertepatan dengan syariat Islam. Justeru, tujuan artikel ini ialah untuk membincangkan tahap kefahaman masyarakat terhadap hukum penyusuan melalui ibu susuan. Kajian tinjauan dijalankan menggunakan soal selidik bagi mengutip data kuantitatif melibatkan 72 responden dalam kalangan ibu susuan di Selangor sebagai sampel. Sampel kajian diperoleh secara online berdasarkan soal selidik yang diedarkan melalui “google form” kepada beberapa ibu susuan. Data dianalisis secara deskriptif bagi menentukan frekuensi, peratus, min, dan sisihan piawai menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Dapatan menunjukkan kefahaman ibu susuan berada pada tahap yang sangat tinggi (min 4.52). Kajian ini merumuskan bahawa majoriti ibu susuan di Selangor memahami hukum hakam amalan penyusuan anak susuan namun masih terdapat ibu susuan yang tidak memahami (1.47%) dan kurang pasti (9.94%) berkaitan hukum hakam penyusuan anak susuan. Oleh itu usaha untuk meningkatkan kefahaman tersebut perlu dilakukan termasuklah dengan memberi pendedahan kepada ibu susuan tentang kesan hukum penyusuan oleh pihak berwajib melalui kursus penyusuan kepada ibu susuan yang berniat untuk menyusui anak orang lain dan sebagainya.

Rujukan

  1. Abd al-Karim Zaydan. 2000. Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah Wa Al-Bayt Al-Muslim Fi Al-  Shari‘Ah Al-Islamiyyah. Cet. ke-3. Beirut: Mu’assasat al-Risalah.
  2. Al-Mawardi, Abu Al-Hasan Ali Ibn Muhammad Ibn Habib Al-Mawardi. 1996. Kitab al-Ridha’a. Beirut, Lubnan. Darul Ibn al Hazm
  3. Al-Sayed Abdul Hakim al-Sayed Abdullah. 1985. Ahammiyatu al-Radha’ah at-Thabi’iyyah Diniyyan wa Sihhiyyan. Ibid.
  4. Ayu Aima Yusof. 2002. Penyusuan susu ibu Menurut Perspektif Islam. Utusan Publication & Distributors sdn Bhd.
  5. Azie Nor Mazwani Shahari. 2010. Kajian pengetahuan, sikap dan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif di bandaraya Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah.
  6. G. J. Ebrahim. 1983. Nutrition in Mother and Child Health. Macmillan Education Ltd. United Kingdom
  7. Michael S Kramer,Tong Guo, Robert W Platt, Zinaida Sevkovskaya, Irina Dzikovich, Jean-Paul Collet, Stanley Shapiro, Beverley Chalmers, Ellen Hodnett, Irina Vanilovich, Irina Mezen, Thierry Ducruet, George Shishko, Natalia Bogdanovich. 2003. Infant Growth And Health Outcomes Associated With 3 Compared With 6 Mo Of Exclusive Breastfeeding. The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 78, Issue 2, August 2003, Pages 291–295
  8. Muhammad Hasan Hito. 1994. Al-Imta’fi Ahkam Al-Ridha’a. Beirut, Lubnan. Dar Al-Basyair Al-Islamiyyah
  9. Muhammad Yamin bin Ismail. 2015. Hukum Perkongsian Susu Ibu Di Hospital Dan Cadangan Pelaksanaan. Persidangan Antarabangsa Fiqh Semasa Dan Perundangan Islam 2015 (PAFSPI 2015)
  10. Normadiah Binti Daud. 2014. Kefahaman Dan Pelaksanaan Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam Dalam Kalangan Ahli Akademik Di IPTA Terengganu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  11. SelangorKini. 2017. Kad susuan’ kaedah tangani perkahwinan tidak sah.
  12. Siti Fatimah Saleh, Normadiah Daud dan Saadan Man. 2014. Amalan Pengambilan Ibu Susuan: Satu Kajian sorotan Terhadap Dokumentasi Bukti Penyusuan. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa.
  13. Sri Purwanti, Hubertin. 2004. Konsep Penerapan ASI Eksklusif. Jakarta. EGC.
  14. Taqwa Binti Zabidi. 2012. Penubuhan Bank Susu Ibu Di Malaysia: Satu Analisis Hukum. Jurnal Penyelidikan Islam Bil 25.
  15. Wahbah al-Zuhaily. 2010. Mausu’ah Al-Fiqh Al-Islami Wa Al-Qadhaya Al-Mua’sirah. Damsyiq: Dar al-Fikr.
  16. Wendy Brodribb, Anthony B Fallon, Claire Jackson, Desley Hegney. 2009. Breastfeeding knowledge: The experiences of Australian general practice registrars. Volume 38, No.1, January/February 2009 Pages 26-29. Australian Family Physician.
  17. Zanariah Dimon, Nora’inan Bahari, Norita Kamaruddin, Nurhayati Abd. Ghani. 2018. Hukum-Hukum Penyusuan Terhadap Anak Susuan: Kajian Kesedaran Masyarakat Islam Di Selangor. Journal Of Muwafaqat Vol. 1, No. 1, 2018

Categories: Syariah

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *