Menu Home

PERMASALAHAN KAJIAN PENERIMAAN DAKWAH UNITED SABAH ISLAMIC ASSOCIATION (USIA) OLEH MUALAF NEGERI SABAH

Abstrak Penerimaan dakwah mualaf terhadap dakwah USIA memainkan peranan penting. Dakwah merupakan medium utama pengembangan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW khususnya dakwah kepada para mualaf. Ia bertujuan untuk melahirkan mualaf yang ideal dan memiliki daya saing yang tinggi dalam usaha memantapkan akidah dan memperkukuhkan kefahaman Islam seterusnya mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Kajian  ini membincangkan permasalahan kajian oleh NGO USIA yang telah memberi natijah positif kepada pemahaman dan penguasaan pengetahuan agama Islam dalam kalangan mualaf di Negeri Sabah melalui dakwah. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian kualitatif. Hasil kajian  mendapati bahawa permasalahan kajian USIA kepada mualaf ialah kemajuan ngeri Sabah dari pelbagai aspek masih ketinggallan jika dibandingkan dengan semenanjung aspek. Keduanya, kelemahan dalam merekrut pendakwah-pendakwah yang turut memberi kesan kepada perkembangan sosial dalam setiap aspek kerana dibimbangi pendakwah tidak memiliki kriteria yang sesuai dengan bidang kepakaran masing masing. Ketiga, pendekatan atau metodologi dakwah USIA dilihat kurang relevan dengan senario semasa arena dakwah di negeri Sabah. Keempat, masalah kekurangan kemudahan seperti masjid dan surau selain disaingi oleh pihak Kristia serta kedudukan muka bumi Negeri Sabah yang mencabar usaha pendakwah untuk berdakwah dan akhirnya pendekatan pendakwah yang kurang memuaskan turut menjadi permasalahan utama di Negeri Sabah. Kajian ini memberi impak positif kepada masyarakat dan pengkaji isu-isu mualaf dalam usaha membangun dan memperkasakan mualaf.   

Rujukan

  1. Al-Quran
  2. Abdul Ghafar Haji Don & Zaleha Mohd Ali. 2008. Dakwah dan Cabaran: De-Islamisasi di
  3. Abdul Hakim Mohad. Kasim Mansur & Ros Aiza Mohd Mokhtar. 2016. Journal Of Islamic Studies in Indonesia and Southeast Asia. Vol 1(2),151-166.Abdullah Muhammad Basmeh. 2000. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran
  4. Analia Hasnah Yakob. 1998. Perkembangan Islam di Negeri Sabah : Satu Tinjauan di Daerah Tenom, Latihan Ilmiah, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Islam, Universiti Malaya.
  5. Anuar Puteh. 2009. Pengurusan Saudara Kita di Negeri Sabah. Kertas kerja Seminar Dakwah dan Pengurusan Organisasi. Anjuran Fakulti Pengajian Islam. 30 Mac.
  6. Hadari Nawawi. 1993. Metod Penelitian Sosial. Yogyakarta: Universiti GadjahMada.
  7. Hamdan Aziz. 2013.  Peranan USIA dalam Pendidikan, Dakwah, dan Politik di Sabah, Malaysia 1969-1976. Jurnal Kajian Sejarah dan Pendidian Sejarah, Vol 1 (2): 167-178.
  8. Hj Awang Sahari Abd Latif. 2001. Kecemerlangan Ummah abad ke-21. Buletin USIA. Ogos: 1-3
  9. Juhari Hasan & Muhd. Syahrul Nizam. 2017. Strategi United Sabah Islamic Association (USIA) dalam Mengembangkan Dakwah di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal Membangun Profesional Managemen Dakwah. Vol 3 (1): 1-18.
    1. Malaysia. Shah Alam. Karisma Publications SDN BHD.
  10. Mohd Shahul Nizam Sani. 2017. Manajemen Dakwah PErtubuhan Islam Seluruh Sabah di Kota Kinabalu: Kajian Terhadap Program dan Strategi Dakwah USIA. Tesis Sarjana, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, Universiti Islam Negeri Ar-Raniry.
  11. Nur A’thiroh Masyaa’il Tan. 2013. Program Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kepada Saudara Muslim: Kajian Tentang Persepsi Dan Keberkesanannya
  12. Nur Athiroh Masyaa’il Tan binti Badullah @ Tan Ai Pao, Abdul Imam Basirun. 2014. Pendekatan Dakwah United Sabah Islamic Association (USIA) Terhadap Pribumi di Negeri Sabah : Tinjauan Dari Segi Ekonomi. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014: Da’wah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective. Anjuran Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 20 November.
  13. Peter G. Swarnborn. 2010. Case Study Research: What, Why How?. London: Sage.
  14. Rosnie Benedict. 1998. Masalah Perkembangan Islam di Negeri Sabah: Satu Kajian di Daerah Tambunan. Latihan Ilmiah, Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya.
  15. Sarip bin Abdul. 2014. Sumber Pengetahuan Beragama dan Tahap Kefahaman Muallaf di Bahagian Pantai Barat Sabah. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014:Da’wah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective. Anjuran Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 20 November.
  16. Suzanah binti Nilam. 2012. Gerakan Dakwah di Kota Kinabalu: Kajian Terhadap Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Tesis Sarjana, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya.

Categories: Dakwah dan Kepimpinan

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *