Menu Home

DAKWAH UNITED SABAH ISLAMIC ASSOCIATION (USIA) TERHADAP MUALAF NEGERI SABAH MELALUI DAKWAH PENDIDIKAN

Abstrak Usaha dakwah merupakan medium utama pengembangan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW khususnya dakwah mualaf. Ini bertujuan untuk menjana mualaf yang ideal dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam usaha memantapkan akidah dan memperkukuhkan kefahaman Islam. Kajian  ini membincangkan pendekatan yang dijalankan oleh USIA yang telah memberi natijah positif kepada pemahaman dan penguasaan pengetahuan agama Islam dalam kalangan mualaf di Negeri Sabah melalui dakwah pendidikan. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian lapangan (fieldwork research) dan kajian perpustakaan serta pemerhatian. Hasil kajian  mendapati bahawa USIA telah melaksanakan pendekatan yang holistik dengan menggabungkan beberapa kaedah seperti pendekatan dari aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan politik dalam menyampaikan dakwah di negeri Sabah.walau bagaimanapun,aspek pendidikan merupakan kaedah terbaik dalam memberi kesan yang mendalam terhadap penyebaran Islam bagi mencapai kesejahteraan hidup ke tahap mutma’innah. 

  

Rujukan

  1. Abdul Ghafar Haji Don & Zaleha Mohd Ali. 2008. Dakwah dan Cabaran: De-Islamisasi di
  2. Abdullah Muhammad Basmeh. 2000. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran
  3. Hadari Nawawi. 1993. Metod Penelitian Sosial. Yogyakarta: Universiti GadjahMada.
  4. Hj Awang Sahari Abd Latif. 2001. Kecemerlangan Ummah abad ke-21. Buletin USIA. Ogos: 1-3
  5. Malaysia. Shah Alam. Karisma Publications SDN BHD.
  6. Nur A’thiroh Masyaa’il Tan. 2013. Program Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kepada Saudara Muslim: Kajian Tentang Persepsi Dan Keberkesanannya
  7. Ra’uf Shalaby. 1973. Al-Da’wah al-Islamiah fi Ahdiha al-Makki. al-Qaherah: Al-Hai’ah al-Ammah li al-Shu’un al-Maktabi al-Amiriyyah.
  8. Sinar Perjuangan Usia :126

Categories: Dakwah dan Kepimpinan

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *