Menu Home

PENDEKATAN DAKWAH USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK DALAM PENTADBIRAN DI KEDAH

Tan Sri Azizan Abdul Razak, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azizan merupakan seorang tokoh dakwah politik negara yang berprinsip serta sangat dikenali dalam aspek kepimpinan dan pentadbiran. Kajian mengenai pendekatan Ustaz Azizan dalam aspek dakwah politik sangat penting untuk dijadikan panduan kepada umat Islam terutamanya dalam kalangan pemerintah atau pemimpin. Persoalan pendekatan dakwah politik perlu dibahaskan bagi memantapkan kefahaman bahawa dakwah adalah satu keperluan dalam politik. Persoalan lain yang harus dikaji ialah Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tokoh yang berintegriti, berwibawa dan turut menyumbang dalam pentadbiran yang berlandaskan syariat Islam serta memberi impak positif dalam kalangan rakyat. Kajian ini lebih kepada bentuk kualitatif iaitu menggunakan fakta, ulasan, persepsi dan ciri-ciri yang boleh menjelaskan sesuatu keadaan atau fenomena. Secara dasarnya, penyelidikan ini adalah gabungan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Data dan fakta primer serta sekunder digunakan bagi memahami pendekatan dakwah politik Ustaz Azizan Abdul Razak melalui kaedah temu bual, dokumentasi, artikel, buku ilmiah, kajian sarjana dan juga laman web. Kepimpinan dan ketokohan Ustaz Azizan Abdul Razak yang luar biasa menjadikan beliau seorang yang telah berjaya merubah landskap pemikiran politik melalui pendekatan dakwah khususnya dalam pentadbiran di negeri Kedah.

Rujukan

  1. Abdul Ghafar Don. 2014. Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  2. Abdul Rahman Ahmad. 2006. Pembangunan Modal Insan: Apa dan Kenapa dalam Konteks
  3. Organisasi di Malaysia. Alor Star: Human Resources Academy.
  4. Anis Nazri. 2013. Ustaz Azizan: Kombinasi ulama dan profesional. https://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22308-ustaz-azizan-kombinasi-ulama-dan-profesional [26 September2013].
  5. Datuk Seri Haji Abdul Awang. 2019. Bicara ini Demi Perpaduan. Kuala Lumpur: Penerbitan Karya Bestari.
  6. Dr. Muhammad ‘Ali al-Bar. 1984. Amal Al -Mar’ah fi Al -Miizan. Jaddah: Al-Dar Al Sa‘udiyyah li Al-Nashr wa Al-Tawzi’.
  7. Dr. Thomas J. Barry. 1997. Total Quality Organization (Balance and Harmony for Excellence).  Kuala Lumpur: Piramid Sdn. Bhd.
  8. Embun Majid, Han Kar Kay 2013. Former Kedah MB Azizan has legs amputated to prevent infection. https://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22308-ustaz-azizan-kombinasi-ulama-dan-profesional [10 Mei 2013].
  9. Haji Zulkifli Yahya. 2013. Sayangi Kedah Sejahtera. Kedah: Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.
  10. Hasanuzzaman. 1984. Definition of Islamic Economic. Jeddah: International Centre for Research in Islamic Economic.
  11. Ibn Hajar Al-Asqalani, Ahmad bin Ali 2010. Lisan Ul-Miza. Beirut: Penerbitan Maktab Al-Matbu’at Al-Islamiyyah.
  12. Ibnu Amir. 2015. Sukan dari Perspektif Islam.
  13. https://syedibra.wordpress.com/2015/10/10/sukan-dari-perspektif-islam/ 
  14. [10 Oktober 2015].
  15. Izwan Abdul Halim. 2020. MB Kedah: Sanusi teladani kepimpinan Ustaz Azizan. https://harakahdaily.net/index.php/2020/05/27/mb-kedah-sanusi-teladani-kepimpinan-ustaz-azizan/  [27 Mei 2020].
  16. Jamilah Hamzah. 2013. Jasamu tetap dikenang Ustaz Azizan. https://www.sinarharian.com.my/nasional/jasamu-tetap-dikenang-ustaz-azizan-1.205871 [26 September 2013].
  17. Kurshid Ahmad. 1975. Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Categories: Dakwah dan Kepimpinan

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *