Menu Home

METODE HERMENEUTIK DALAM MEMBENARKAN WANITA MENJADI IMAM

Abstrak: Kontroversi yang berlaku di kalangan masyarakat Agama Islam adalah keadaan di mana wanita berani menjadi imam di dalam solat berjemaah yang turut disertai jemaah lelaki. Wanita menjadi imam adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah. Agama Islam mengeluarkan hukum wanita yang beragama Islam hanya dibenarkan menjadi imam dalam kalangan jemaah wanita sahaja manakala dilarang untuk menjadi imam kepada jemaah lelaki. Ahli mufassir klasik dan ulama kontemporer membukukan dengan selaras fakta hukum-hukum fekah asal bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat agama Islam, agar dapat mendekatkan masyarakat kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kajian tafsir maudhui ini telah disusun mengikut langkah-langkah dalam huraian bersama sokongan hadis dan ayat Al-Quran yang lebih teliti serta sejarah perkembangan hadis. Kajian menyebut hadis tersebut dikeluarkan mengikut keadaan dan situasi, bukanlah sewenang-wenangnya masyarakat barat menjadikan alasan samarata untuk sama-sama dibenarkan menjadi imam, lalu hadis digunapakai untuk kegunaan pihak liberal. Sehubungan itu, golongan liberal telah memudarkan ketetapan ulama Islam malah mereka melakukan kekeliruan terhadap wanita beragama Islam bahawa wanita dibenarkan menjadi imam solat berjemaah bersama jemaah lelaki. Penulis menyusun ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan sejarah berlakunya wanita berani menjadi imam. Penulis juga menghuraikan pendekatan perpustakaan dalam pengajian Islam dengan mengumpulkan karya-karya ulama klasik dan hujah-hujah baru golongan kristian yang menggunakan pendekatan terbaru iaitu metode hermeneutik yang pada awalnya mereka mentafsir bible sahaja. Kajian ini berbentuk kualitatif, merujuk perpustakaan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data analisis dokumen. Hasil kajian ini penulis mendapati metode hermeneutik telah disusun dengan pelbagai hujah yang tidak sahih dan ia menjadi cabaran yang besar masyarakat yang beragama Islam untuk menunaikan solat berjemaah dengan lebih afdhal Semoga penulisan ini dapat memberi pencerahan kepada masyarakat daripada kekeliruan fahaman liberal yang cuba diketengahkan

Rujukan

  1. Abdul Qadir Ar-Rahbawi, Fikih Shalat Empat Madzhab, Alih Bahasa Oleh Abu Firly Bassam Taqiy, (Jogjakarta: HIKAM PUSTAKA, 2007), H. 297-302.
  2. Abu Bakar al-Jaziriy, Minhaj Muslim (Cet. II; Kairo: Dar al-Kutub Salfiah, t.th), h. 226.
  3. Abubakar, S., & Mutawali, M. (2020). Pandangan Pandangan Amina Wadud Terhadap Perempuan Menjadi Imam Sholat Laki-Laki. JURNAL SCHEMATA Pascasarjana UIN Mataram, 9(1), 15–32. https://doi.org/10.20414/schemata.v9i1.1021
  4. Arif, Syamsudin, Orientalis & Diabolisme Pemikiran, Jakarta: Gema Insani Pers, 2008.
  5. Bible, T., Principles, G., Plan, O., Verses, R., Message, W., Forms, U., Forms, R., Bible, T., & Context, C. (n.d.).(2017) General principles for interpreting the bible 1. 1–4.
  6. E.M.Wherry Routledge 2013, A Comprehensive Commentary on the Quran: Comprising Sale’s Translation and Preliminary Discourse: Volume II, Volume 2, 416.
  7. Hasan Ayyub, Fiqih Ibadah, Alih Bahasa Oleh Muhammad Rais, MA., (Depok: PT Fathan Prima Media, 2014), H. 78.
  8. Iii, B. A. B. (n.d.). Hasbi ash-Shiddieqy,. 31–43.
  9. Iii, B. A. B. (n.d.). Iii, B. A. B. (n.d.). Hasbi ash-Shiddieqy (2017) 31–43.
  10. Imam Al-Hafidz Abi Abdillah Al-Hakim Al-Naisaburi, Al-Mustadrak ‘Ala AshShahihain, (Mesir: Dar al-Haramain lil Thabaa’ah wa an-Nasyr wa atTauzii’: 1997)
  11. Jefry Noer, Pembinaan Sumber Daya Manusia Berkualitas dan Bermoral Melalui Shalat yang Benar, (Jakarta: Kencana, 2006), h. 125-126.
  12. Lihat Ali Hasaballah, Usûl al-Tasyrî’ al-Islâmiy (Cet. III; Mesir: Dâr al-Ma’arif, 1964), h. 15. M. Syuhudi Ismail, Hadis Nabi Menurut Pembela, Pengingkar dan Pemalsunya (Cet. I; Jakarta: Gema Insani Press, 1995), 92-108
  13. M. Syuhudi Ismail, Metode Penelitian Hadis Nabi (Cet. I; Jakarta: Bulan Bintang, 1992), 7-21 dan M. Syuhudi Ismail,Kaedah Kesahihan Sanad Hadis: Telaah Kritis dan Tinjauan dengan Pendekatan Ilmu Sejarah (Cet. II; Jakarta: Bulan Bintang, 1995), 85-118.
  14. Muliadi, E. (2007). Inside the gender jihad: women’s reform in Islam. Choice Reviews Online, 44(06), 44-3255-44–3255. https://doi.org/10.5860/choice.44-3255
  15. Nuryatno, M. A. (2007). Examining Asghar Ali Engineer’s Qur’anic Interpretation of Women in Islam. Al-Jami’ah: Journal of Islamic Studies, 45(2), 389–414. https://doi.org/10.14421/ajis.2007.452.389-414
  16. Prof. Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam, Prof. Dr. Abdul Wahhab Sayyed Hawwas, Fiqh Ibadah, alih bahasa oleh Karman As‟at Irsyady, Lc., Ahsan Taqwim, Lc., Al-Hakam Faishol, Lc., (Jakarta: AMZAH, 2013), Cet. Ke-3, h. 238.
  17. Salamon, H., Mustari, M. I., Mohamed, A. K., Jasmi, K. A., & Sayed Ahmad, S. M. (2003). Kesan Perbezaan Aliran Mazhab Terhadap Kesatuan Masyarakat Islam. Satu Kajian Kes Ke atas Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Vot. 71867.
  18. Salamon, H., Mustari, M. I., Mohamed, A. K., Jasmi, K. A., & Sayed Ahmad, S. M. (2003). Kesan Perbezaan Aliran Mazhab Terhadap Kesatuan Masyarakat Islam. Satu Kajian Kes Ke atas Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Vot. 71867.
  19. W.L Reese (1980), Dictionary of philosophy and Religions – Eastern and Western Thought Sussex ; The Harvester Press Limited , h 221.
  20. Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islâmiy…. loc. cit. bandingkan pula dengan Abu Muhammad ibn Abdullah ibn Qudamah, al-Kafiy fi Fiqh al-Imam Ahmad ibn Hanbal, jilid I (Cet. V; Beirut: al-Maktab al-Islamiy, 1988), 183.
  21. Zainol, N. Z. N., Abd. Kadir, M. N., & Abd. Majid, L. (2014). Konsep Tafsir al-Quran Menurut Nasr Hamid Abu Zayd. Islamiyyat, 36(2), 39–46. https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2014-3602-04

Categories: USHULUDDIN

afriyantobinemri

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *