Menu Home

Author Archives

afriyantobinemri

PENGURUSAN WAKAF TUNAI IPT DI NEGERI SELANGOR

Abstrak:Wakaf tunai adalah merupakan alternatif dan kepentingan umat Islam pada masa kini khususnya dalam sektor pendidikan negara. Institusi pengajian tinggi awam (IPT) tidak terlepas daripada peranan dalam menjalankan aktiviti wakaf bagi menjana dana universiti dan meningkatkan prasarana bagi kemanfaatan staf dan para pelajar. Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh IPT […]

TAFSIR INSPIRASI: INSPIRASI DARI KITAB SUCI AL-QURAN KARYA ZAINAL ARIFIN ZAKARIA

Abstrak – Kajian ini menjelaskan tentang bagaimana wujud kitab Tafsir Inspirasi: Inspirasi dari Kitab Suci Al-Quran karya Zainal ArifinĀ  Zakaria dan menganalisis biografi pengarang. Seterusnya, analisis juga dilakukan kepada kitab Tafsir Inspirasi: Inspirasi Dari Kitab Suci Al-Quran dari sudut pengenalan kitab, metode penulisan dan metode pentafsiran. Hasil kajian ini menemukan […]

PERBAHASAN AYAT DOMINAN DALAM STRUKTUR BAHASA ARAB

Abstrak – Kajian ini bertujuan mengenalpasti tema kajian lepas berkaitan analisis sintaksis ayat bahasa Arab, mengesan kelompangan yang terdapat dalam kajian lepas analisis sintaksis ayat bahasa Arab dan) menonjolkan isu yang boleh dijadikan kajian baharu pada masa akan datang. Kajian ini merupakan sorotan literatur melalui analisis kandungan dan dihuraikan secara […]

PERSPEKTIF MAQASID KHUSUS SYARIAH DALAM MEMELIHARA INSTITUSI KELUARGA

Abstrak –Institusi keluarga merupakan tunjang kepada pembentukan masyarakat dan negara bagi kesinambungan umat manusia. Namun, pelbagai bentuk gejala negatif dan pengabaian keselamatan keluarga telah melanda masyarakat. Maka Islam telah menetapkan maqasid dalam memelihara institusi keluarga. Sehubungan itu, ibu bapa selaku individu penting dalam institusi keluarga seharusnya memahami matlamat pemeliharaan institusi […]

PERKAHWINAN DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

Abstrak –Keluarga merupakan tunjang kepada pembentukan masyarakat dan negara bagi kesinambungan umat manusia. Maka Islam telah menetapkan sistem dan peraturan dalam institusi keluarga bagi memastikan pembentukan umat sejajar dengan perintah Allah SWT. Sehubungan itu, perkahwinan yang menepati syarak adalah komponen paling asas dalam proses pembentukan keluarga, masyarakat dan negara keseluruhannya. […]

TINJAUAN LITERATUR PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BALAGHAH ARAB PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA

Abstrak –Kajian ini merupakan sorotan literatur kajian pengajaran dan pembelajaran Balaghah Arab peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Kajian literatur ini bertujuan untuk: (1)Menghurai pengkajian lepas tentang pengajaran dan pembelajaran Balaghah Arab di Malaysia. (2)Menghurai pengkajian lepas tentang kajianĀ  pembinaan ujian dan pengukuran peringkat pengajian tinggi. 3)Menganalisis isu pengukuran dan pengujian […]